Hari ke 3 di Sabah kami ke Pulau Manukan...cantik sangat airnya jernih..hijau kebiru-biruan..seronok dapat tengok indahnya ciptaan tuhan, Ya Allah pulaunya bersih..banyak ikan..rasa macam nak tangkat-tangkat je pakai tangan...cuma kat sini...ramai seksi seksa sebab ramai pelancong dari luar..terutama dari Japen...bersantai macam ikan kering..hikhik.
Permulaan ke pulau Manukan menaiki bot lebih kurang dalam 15 minit sahaja dari jeti Kota Kinabalu. Tambang bagi dewasa Rm30 dan kanak- kanak Rm18 pergi dan balik. bermula pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Di sekitar Pulau Manukan terdapat 2 lagi pulau iaitu pulau Sapi dan Pulau sulug.
Selamat Datang ke Pulau Manukan bayaran Rm 3 untuk dewasa dan kanak kanak percuma.
Bawa makanan banyak banyak ya..sebab lepas main air, pasti tu lapar.. jika nak beli kat sanipun boleh.. tapi harga sebotol air mineral Rm 4...
Santai santai atas pasir selepas penat berendam dalam air, buat istana pasir bagi yang kretif.
Banyak ikan...gambar ni bawah jeti.
sewa snorkelling bersama jeket keselamatan rm 15 sahaja. seronok dapat tengok ikan ikan yang sangat banyak dan pelbagai.sampai si Haziq tak nak naik..
Rumah penginapan di Pulau Manukan ni cantik juga.. harganyapun cantik.. antara Rm800- RM2000 untuk 2 hari satu malam.
Bagi anda yang nak merehatkan diri dan bersantai santai.. kat sini ada Spa.. tapi mila tak tau harganya.. mesti cun harganya sebab tempatnyapun cun..
kami tak jalan -jalan kat sini, sebab si Haziq bila dah nampak air... tak nak naik...tapi selain pantai banyak yang menarik di sini.ada hutan sikit, ada tempat tengok matahari terbenam,ada spa, ada rumah penginapan.. macam macam lah.. ada rezeki kamipun rasa nak datang lagi.
Pemandangan yang indah, kuasa ciptaan yang Maha Esa tak ada tandingannya.. tapi sayang dah banyak batu karang yang mati.. terpijak dan kerana bunyi bising.
Ok bye dah pukul 2 petang kami dah nak balik..dah penat main air... op lupa jika tak nak sunburn jangan lupa pakai sunblock ya...
pergi ke pulau2 memang best..kalau dah masuk dalam air rasa x mo keluar ja..
BalasPadamsempat la ke 3 pulau tu ^^
manukan,mamutik & sapi
bestkan dapat p pulau. tapi yang tak bestnya sunburm.. bila balik ambil masa yang agak lama untuk pulihkan kembali warna kulit huhu...
BalasPadam