Cari Blog Ini

nuffnang

13 Sep 2014

Cabaran 30 hari | 9 : 5 Lelaki yang Menarik perhatian Mila.

5 Lelaki yang menarik perhatian mila..bila bercerita tentang lelaki dalam hidup Mila cuma ada 3orang lelaki yang sangat mila sayangi dan cintai.. Orang yang pertma Tuan Mohd Nor Tuan Mat, ayah mila, yang ke 2 Mohd Haizrin Ramli, seorang insan yang sanggup bersusah payah bersama mila selama 8 tahun yang lepas sampai sekarang..dan seorang lagi sikecil Nik Muhammad haziq..satu satu permata hati yang mila ada.. tapi topik ni nak 5 orang, jadi Mila pilih 2 orang yang sangat Mila kagumi iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dan Irfan Khairi.

1.Tuan Mohd Nor Tuan Mat
Ini nama ayah mila yang diberikan oleh atuk, atuk meninggal sewaktu umur mila 7 tahun, jadi mila tak banyak kenangan bersama atuk. Ayah mila merupakan anak ke 2 dalam 8 bersaudara.. Seorang yang sangat tegas dengan keluarga, tetapi lucu bila bersama anak-anak orang lain. Ayah suka bercerita. Setiap malam ayah akan bercerita pelbagai kisah. mila suka dengar cerita-cerita ayah. Ayah tak sekolah, tak tau baca dan tak tau menutulis..ayah cuma tau mengira. Tapi mila sangat berbangga dengan ayah, ayah penah dapat no 2, Peternak kambing jaya dalam negeri kelantan... ayah sangat rajin berusaha dan cari duit, sewaktu orang lain belum ada televesion, rumah mila dah ada tv,..waktu tu Elektrik pun belum ada, tapi kami guna enjin untuk tengok tv.. bagi Mila ayah hebat. setiap malam sebelum mila tidur ayah akan bacakan al quran di telinga mila...mila pura pura tidur...walaupun ayah tak sekolah, dua daripada anak ayah dapat masuk Universiti,.. walaupun ayah cuma petani biasa, tapi ayah mampu mendidik dan menyekolahkan kami dengan sempurna. Ayah seorang yang tegas..waktu kecil..mila tak suka ayah.tapi sekarang mila sangat sayangkan ayah, berkat didikan dan ketegasannya, kini mila mampu berdikari,ada kerjaya sendiri.tak cukup hebat tapi cukuplah untuk meneruskan  kehidupan ini.

2. Mohd Haizrin Ramli
Lelaki ini mila kenal sewaktu umur mila 15 tahun, dia merupakan sahabat pena mila, bff..kawan rapat tempat mila mengadu dan memceritakan segala masalah suka duka kehidupan di zaman remaja... Tak pernah terfikir untuk kami bercinta, kerana kami sama-sama ada pasangan idea..tapi jodoh pertemuan di tangan tuhan, selepas 7 tahun berkawan,..rupanya dia adalah jodoh mila. Alhamdulillah..syukur pada Allah..Dia yang terbaik mila miliki...
Taat pada perintah Allah.
seorang yang sangat sabar dengan karenah mila
Sangat menyanyangi dan menyintai mila,
Sanggup bekorban, pernah menjaga haziq selama 3 bulan tanpa mila di sisi.
Peyanyang kerana dia yang menguruskan anak sewaktu mila mengejar impian
jatuh bangun kami bersama.thanks, dialah tempat mila mengadu, melepaskan marah, ditangan itulah mila berpauk bila mila terjatuh, jari yang menyapu air mata bersedih, senyuman yang membisikan kata-kata semangat... hingga kini... dialah sahabat, teman dan suami.

3.Nik Muhammad Haziq
Sikecil berusia 7 tahun..Nik Muhammad Haziq yang Cerdik pandai...moga kepandaian menjadi milikmu anakku, agat nakal tapi menghiburkan, dia sentiasa menarik perhatian mila dengan kerenah-kerenahnya yang seringkali membuatkan mila marah atau ketawa. dialah permata hati, amanah yang Allah berikan pada Mila 7 tahun lepas. sangat suka buat memek muka yang lucu, pandai berlakon dan sangat suka merajuk.... dia bercita-cita nak jadi bombo atau ustaz..tapi mila ingin sangat dia jadi mutawif or tahfiz..moga Allah makbulkan yang terbaik untuknya

4.Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand.. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga.  sama macam mila..hikhik, Beliau hidup dalam keadaan yang seba kekurangan. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya. Beliau seorang yang hebat, seorang yang pemurah, rajin berusaha, tak mengenal erti putus asa..tabah menghadapi cabaran dan sangat suka menolong orang. Beliau merupakan ikon usahawan berjaya dunia dan akhirat.insya allah. Apa yang dapat mila simpulkan dari kisah dan latar belakang pendidikan Tan sri syed Mokhtar Al Bukhari bahawa, kejayaan hidup ini bukanlah 100% bergantung kepada kejayaan pendidikan kita di Universiti. Rajin berusaha, tak mengenal putus asa dan tau mencari peluang dan ruang merupakan faktor utamakejayaan yang sebenar.

5.Irfan Khairi.
Mendapat pendidikan Ijazah sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, united kingdom. Beliau telah menerima tawaran kerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggujawab mereka cipta sistem pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dinamakan Learning Grid. Minat yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan menberikan peluang kepada beliua untuk memulakan bisnes internet dengan merekacipta kulit buku atau novel dan di jual melalui internet sebagai kerja sambilan. Selepas mendapati pendapatan  perniagaan melalui internetnya adalah berlipat kali ganda dari pendapatan beliau bekerja, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan internet miliknya. beliu adalah pencetus kepada generasi malaysia dalam bidang internet. Kejayaan beliau dalam usia yang masih muda menjadi ikon kepada remaja lain. kesimpulannya IK menggunakan 100% apa yang dipelajarinya untuk kehidupannya.
taraa... dah cukup 5 orang lelaki  hensome, bergaya dan bijaksana yang mila kagumi dan menarik perhatian mila untuk menjejaki langkah kejayaan mereka. Doakan mila ya..jumpa lagi next entry


Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan