Cabaran 30 hari, hari yang ke 11, Kenangan Lucu di zaman kanak -kanak. Sebenarnya mila tak tahu ini kenangan lucu atau tak..tapi ini kenangan yang tak dapat mila lupakan..berani dalam takut.... nakal dan menyusahkan orang..huhu.Kalau tak salah mila waktu peristiwa tu berlaku umur mila 9 tahun atau darjah 3.Mesti ada kawan kawan yang ingat kisah ni..malu betul...
Suatu hari mak dan ayah Mila nak balik ke kampung kerana ada hal penting dan mereka nak tinggalkan Mila bersama kakak dirumah jiran kerana waktu tu Mila ada exam pertengahan tahun. Exam dan mula 2hari cuma tinggal 2 hari lagi. Tapi Mila nak ikut mereka balik kampung, Mila tak berani nak beritahu ayah kerana ayah Mila sangat garang.
Pada hari mak dan ayah nak balik kampung mereka hantar Mila ke sekolah macam biasa..., bila ayah balik, Mila tingalkan beg di sekolah dan berjalan kaki pulang ke rumah.. bila sampai di pertengahan jalan Mila rasa takut pula nak jumpa dengan ayah.. nanti mesti kena rotan.. Mila buntu nak balik sekolah pun dah takut cikgu marah.. akhirnya mila kembali ke sekolah, tapi tak masuk kelas Mila bermain air sungai di belakang sekolah...huhu..pertama kali budak berdisiplin buat hal.
Cikgu sekolah teperanjat bila masuk kelas beg mila ada, tapi mila tak ada kat sekolah. satu kelas kecoh.. Mila buat sejarah mila sendiri...Cikgu ke rumah mila beritahu ibu dan bapa mila..mereka semua risau cari mila di merata tempat. Mila pula asyid bermain air sungai sambil melayan perasaan , tak sedar yang semua orang sedang mencari dan risaukan mila....waktu tu mila tak tau pukul berapa tapi perut dah berbunyi.. lagu dondang sayang,.....kerana lapar mila curi curi pergi ke kantin sekolah dan tak perasan cikgu kelas sedang perhatikan Mila...lepas tu mila main kejar kejar dengan cikgu...tak sempat lari ..huhu... tertangkap sudah..huhu..waktu tu macam -macam rasa...
Cikgu Hanapi itulah guru kelas Mila.. nasib baik dia tak marah, tapi dia pujuk mila jumpa ayah ..waktu tu rasa nak terkencingpun ada.. habislah..matilah...nak je mila pura pura pengsan..takut sangat mesti kena rotan dengan ayah.. mila tengok wajah, ayah..macam tak marah je... wajah ayah cemas, rasa bersalah pula...Cikgu nasihatkan ayah agar bawa mila balik kampung..Yahoo.. mila menang..mila berjaya..yesyes..dan cikgu pesan pada ayah jangan marah mila..sukanya....Mila tak kena marahpun lepas buat kes tu...
Keesokan harinya Mila tak pergi sekolah tapi Mila balik kampung bersama mak dan ayah...mila tuang kelas dan tak ambil exam. endingnya mila dapat no 15 dari 32 orang pelajar..waaaa sedih sangat, tak pernah dapat no lebih dari no 10...hikhik..mila bukannya pandai sangat tapi..mila dah cop no 7 atau no 9...setiap kali exam....itulah kisah mila budak nakal waktu kecil.. rakan-rakan sekelas mesti ada yang ingat kisah ni.. huhu.. jangan ikut cara mila ya.. sekarang ramai orang jahat. Nanti terus tak jumpa dengan mak dan ayah..
oklah, jumpa lagi di cabaran ke 12 pada hari ke 12..5 impian saya...see ya..
Mila ayah dan mak... terima kasih, kasih sayang dan ketegasan ayah , menjadikan MIla orang yang berguna.. love u all.
Tiada ulasan: