Cari Blog Ini

nuffnang

8 Sep 2014

Desa Farm Sabah.

Hari ke2.. bangun pagi pagi lepas subuh kami semua teruja nak ke Desa Farm, bukan apa nak ambil gambar dengan pemandangan yang cantik-cantik.. macam kat luar negara..hikhik... sebenarnya masih lagi kat Malaysia cuma luar negeri je.. dan Alhamdulillah memang rezeki kami sebab cuaca sangat cantik.. matahari tersenyum indah..best sangat dan bersyukur pada Allah kerana Cuaca yang sangat indah.. nampak Gunung Kinabalu dengan jelas.. kenangan buat kami... tapi sebelum tu mila perlulah ambil suplemen ..untuk kekal cergas dalam cuaca yang tak menentu.. mila ambil vitamin c shaklee...sebab hari ni dari pagi sampai ke petang nak jalan-jalan je.jalan sanpai pengsan..boleh ke?

Sabah awal satu jam dari semenanjung, pukul 6 pagi dah cerah, tengok ramai yang datang pagi pagi kerana Gunung kinabalu ni pemalu..sekejap je mununjukan wajahnya..nanti bila dah petang sikit dia sembunyi dibalik awan.

Thanks kak Yana Halim tolong kami ambil gambar ni.. mila suka tengok ..

Haziq dan Abahnya sedang bergambar.. ini dinamakan gambar dalam gambar..hikhik

 Pagar utama untuk masuk ke Desa Farm.. pada waktu pagi tak boleh masuk sebab waktu perahan susu lembu, so Desa Farm dibuka pada pukul 3.00 petang.. jadi kami terpaksa ke tempat lain terlebih dahulu dan kembali ke desa Farm pada pukul 3.00 nanti...

Besama kak Yana Halim. Kak Yanalah yang menarik mila tulis blog tentang percutian kami.. sebelum ni mila tak pernah nak tulis tentang percutian.. seronok gak dibuatnya...ok ni gambar  kami di sebelah petang..
                                                                  Desa cattle Sabah
saja ambil gambar lembu..macam kat luar negara gitu..sapa tau nanti boleh ke NZ.. into awal hikhik

                                     
saja nak bagi lembu makan biarpun lembu tu sebenarnya boleh meragup sendiri, nak beli rumput makanan ada dijual satu ikat rm1.00 pandai buat duit dia orang ni.

kat sini Aiscreamnya diperbuat daripada susu segar, sedap ada rasa vanila dan coklat.

Ok cukup dulu gambarnya nanti boleh tengok kecantikan dan keistimewaan tempat tempat tu mengikut link yang mila berikan.. selamat bercuti pada semua.

2 ulasan:

  1. salam, huda singgah sini. Wah bestnya. Permandangan pun memang cantik dkat Sabah ni. =D

    BalasPadam
  2. yup. kat sandakan sabah. best gak datang sini..terutama pemandangannya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan