Cari Blog Ini

nuffnang

13 Sep 2014

Cabaran 30 hari : 12..5 impian Mila moga Allah permudahkan segalanya.

Setiap orang ada impian tersendiri, alhamdulillah 2 daripada 5 impian mila telah terlaksana, alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan limpah kurnianya, segalanya  berjalan dengan lancar dan mampu mila jayakan sepertimana yang mila impikan... 

1.Semenjak mila menjejakan kaki ke universiti, mila telah berimpian untuk membawa ke 2 ibu bapa mila ketanah suci.dengan hasil pencarian titik peluh mila sendiri .Syukur mahasuci Allah sebelum mila berumur 35tahun, pada 7.4.2014 mila telah berjaya membawa mereka bertamu ke Rumah Allah, biarpun terlewat 2tahun dari perancangan  asal..Alhamdulillah impian telah terlaksana..
2. Mila sangat suka bidang bisnes, walaupun sewaktu di Universiti mila tak ambil bidang bisnes tapi mila tak pernah mengunakan ijazah yang mila ada untuk mendapatkan pekerjaan. Mila cuma mengunakan pengalaman hidup bersama mak dan ayah di kedai runcit untuk mila mulakan perniagan kecil kecilan...ayah pernah bercita-cita untuk menghadiahkan kami sebiji rumah seorang..tapi perancangan ayah tergendala apabila ibu tiba-tiba jatuh sakit.. Mila juga..minat dalam bidang hartanah, tapi xada modal.. Allah maha kaya akhirnya impian terlaksana dengan pembelian rumah di usj dan sek 6 shah alam...ada juga rumah sewa..perlu cari satu lagi untuk anak mila Nik Muhamad Haziq.. Doakan impian mila tercapai ya.

3.Mila juga berimpian untuk membuka ofis untuk kereta sewa, idea ini mila dapat sewaktu kami bercuti di sabah. Harga kereta sewa agat mahal..kerata Avanza Rm220 sehari, kereta kancil paling murah Rm80 sehari,contohnya RM 80x5 = Rm 400, dah lepas bayar sewa bulanan kereta kancil hanya dalam masa 5 hari sahaja... kebetulan huby mila bekerja dalam bidang Automotif dan rumah kami tak jauh dari UITM.. itu satu peluang besar untuk kami mulakan bisnes kereta sewa...insya Allah akan bermula pada bulan Oktober nanti..mila suami dan kawan sedang berbincang untuk mulakannya..lebih banyak pilihan lebih bagus.....sapa nak join jom pm mila di Fb..
                                           

4.Impian ini sangat besar dan impian ini pernah terlafaz sewaktu mila dihadapan kaabah dan juga di Masjid Nabawi atau Masjid Nabi... buat masa sekarang,Mila cuma ada seorang anak, mila ingin yang terbaik untuk dirinya, impian mila sangat besar agar Nik Muhamad Haziq bila besar nanti dapat jadi Al Thfiz dan menjadi seorang Mutawif yang dapat membantu menyenagkan sesiapa sahaja yang ingin melaksanakan ibadat umrah dan haji...Mila juga ingin dia menetap di Mekkah/Madinnah.

5. Mila inginkan anak yang ramai, anak yang boleh mendoakan mila dan suami di dunia dan di akhirat nanti, anak-anak yang boleh menjaga kami diwaktu kami berusia senja...impian ini semakin kabur mengikut detik usia mila dan suami..tapi tiada yang mustahil dalam kehidupan ini dengan Izin dan kehendakNya.. kawan kawan tolong doakan mila murah rezeki dapat anak lagi ya..kembarpun tak apa...lagi suka
                                     
impian  tinggi mengunung..cita cita sebesar alam...harapan seluas lautan, moga segalanya Allah permudahkan..ok cukup sudah persembahan mila dalam entry kali ini...jumpa lagi di cabaran ke 13 esok hari..see ya...

1 ulasan:

  1. banyak lagi impian tapi.. dah minta 5 mila bagi 5 le...huhu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan