Cari Blog Ini

nuffnang

24 Feb 2015

boleh putih ke?

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah kerana mila dilahirkann pada bulan terang..so tak le gelap dan malap.hikhik... jika tak susah pulak nak telan produk produk pemutih yang dah macam cendawan tumbuh kat malaysia ni.

Bercakap tentang putih. Teringat tentang perbualsn mila dengan coustemer ni.Pagi tadi ada seorang hamba Allah bertanya pada mila

Coustemer: Dik, akak makan Aurawhite tapi masih baru lagi.berapa lama boleh nampak kesan ye.
( mila semyum..)

Mila: dah lama ke akak ambil.

Coustemer: baru lagi, belum habis satu jar pun. Sebelum ni akak ambil produk...... Tapi tak nampak kesannya.tak jadi produk tu.

Mila: maaf kak, kalau produk tu tak menjadi, dah lama tutup kilangnya.Dan tak ada orang yang membelinya lagi.sebenarnya satu produk bukan untuk semua orang.Ada orang sesuai produk A, dan ada yang lain pula sesuai dengan produk B.

Coustemer: oh macam tu ya.

Mila: pernah tak, akak tengok kawan akak makan sayu produk  dan nampak dia cantik.tapi bila akak makan tak ada perubahanpun.

Coustemer: ada.kenapa ya?

Mila: Setiap orang tak sama kesanya. Bukan salah produk tapi... Cara kita.mungkin kita ada alegik, kurang minum, badan banyak asid or tosik. Semua tu mempegaruhi kesan produk yang kita ambil..

Coustemer: o..macam tu ke. Terima kasih ye.akak suka jawapan awak.kadang kadang jurujual ni kita tanya dia tak jawab. Oklah terima kasih ye dik..

Mila: sama sama.
Itulah coustemer di tengah bulan...Bertanya terlebih dahulu.mungkin dapat gaji dia datang beli... Bergantung pada rezeki Allah bagi.

Oklah dah tetlanjur cakap tentang produk pemutih kat sini  mila nak offer produk whitening yang ada di kios mila.

Dalam bentuk serbuk.
1. K colly rm 110
2. Aurawhite collagen rm 100
3.Aurawhite coklat rm130
4.Aurawhite stemcell rm 150
5.aurawhite auraman rm 120
6.aurawhite bubly rm 65
7.secret skin white kawaii rm 120
8. Secret skin white max rm 120
9.qu puteh rm200
10.d collagen rm110
11. Pearl white rm 30
12 sexy white rm 32
13 advence white rm 35
14.sakura orange rm 35
15.bvrc rm 50

Kapsul/ tablet
1. Maixara rm 65
2. Gultacell rm 80
3. Aura shine rm 75
4 .jelita rm 60
5.dewy rm 50

Oklah jika berminat jangan lupa hubungi mila ya.. Produk produk tu srmua mila dahbg special offer.
01123118546.





23 Feb 2015

egg white petua kulit cantik,,,

Assalamualaikum...buat apa tu...picik whitehead dan blackhead kat idung ke?.. Jangan buat macamtu sayang nanti hidung luka menggelupas..merah pedih dan tak cantik... Jom baca petua sonang..

Pi giant beli telur ayam dan kapas/ tisu muka. Basuh muka bersih bersih lepas tu lap sampai kering. Tebuk telur tadi dan ambil putih telur sahaja. Sapukan keseluruh wajah terutama zon T selepas itu tanpalmuka anda dengan tisu/ kapas. Saukan putih telursekai lagi datas tisu tersebut. Biarkan sehingga kering. Apabila telah kering tarik tisu tersebut perlahan lahan.pasti anda teruja meihat hasilnya.

Jika anda nak  lagi senang anda boleh aje beli egg white yang telah dijual di pasaran tak bau busuk. Fungsinya:


FUNGSI MISTINE EGG WHITE??
~ Mengecilkan pori
~ Melembutkan dan menganjalkan kulit
~ Mengecutkan jerawat
~ Memudarkan parut
~ Mengurangkan kemerahan pada wajah
~Menyingkirkan whitehead/blackhead
~Anti penuaab dan garis kedutan



BAHAN-BAHAN MISTINE EGG WHITE MASK??
Albumen,
Hydrolyzed Elastin,
Hidrolyzed Collagen.
Water
Mica fragrance
Titanium dioxide
hydrolyzed elastin
Sodium benzoate


CARA PAKAI
Picit  di atas  tapak tangan
Sapu seluruh wajah (elak kening/misai/side burn)
Tunggu sampai kering!
Lepas kering TARIK (PEEL OFF) Perlahan2 ya
Lepas tu cuci balik muka ya, takut ada sisa dalm liang roma
Then, rasakan KESANNYA Glowing dan BERSIH!!

Harganyapun murah je, hanya rm 15..semua orang mampu belikan..
Berminat 01123118546.

Opa snow

OPA SNOW bukan cream, bukan gel, tapi dalam bentuk Mousse! 10 kali lebih mudah menyerap ke badan, berkesan membakar lemak badan terkumpul dalam 15 minit !



Produk Terbaru Slimming untuk kecantikan Tubuh Badan

(A) OPA SNOW semburan pada kulit dan menunggu pengalaman menarik dari lemak busters kami! (Serangan lemak busters, Rasa Tindakan!)

(B) Menggali melalui kulit, biji kopi hijau, ekstrak daun Imatinib dan rakan-rakan semula jadi yang lain berjuang cara mereka melalui lapisan kulit, meningkatkan kadar metabolisme kulit!
(Hanya bergerak untuk melepaskan kuasa yang lebih kuat untuk berjuang ke arah lemak badan!)

(C) Kini dengan semua rakan-rakan semula jadi tiba di pangkalan musuh di bawah kulit, rasa panas dapat dirasai jauh di dalam kerana mereka berjuang dan memecahkan sel-sel lemak selain, tanpa menjejaskan suhu kulit di permukaan.
(Perhatikan permulaan sepakan senaman dalaman dan getaran notis kepada kawasan yang disembur!)

(D) Dalam dua jam, OPA SNOW berjaya mengurai minyak lemak dan mencipta satu sistem metabolik baru, meninggalkan anda lebih bersih intestinally, mendatar dan langsing luaran!
(Membuang minyak lemak dan memperbaharui sistem metabolik dan menyahtoksin sisa-sisa yang tidak diingini!)

Rm 40.00 wassap je.nanti encik posman tolong hantarkan depan rumah or opis.
01123118546

Online je..

Assalamualaikum...Akujurujual,Alhamdulillah berkat rezeki yang allah bagi, rezeki kehidupan yang serba canggih.sekarang ni dunia dihujung jari.. Nak cari apa, nak tengok apa senang sangat...google je.. Semua maklumat dah ada.segala info dah tersedia.

Nak membelipun tak perlu ke kedai..google je... Dalam internet semua ada jual..yang tak ada di pasaran cuma mak dan ayah sahaja. betul tak?.. Senangnya hidup di zaman sekarang.

Bila lapar boleh oder pizza, domino, kfc online....bila nak cari baju boleh beli dengan zalora.. Macam macam ado.. Dalam fb banyak sangat juru jual..taip je nak apa... Oder oder bank in duit.. Encik posman hantaq depan rumah, depan opis. Bestkan.

                     Jom...tengok kedai online mila.
Produk colagen pemutih
                                    Produk kosmetik
                             Kapsul dalaman wanita
                             Ibu putih jannalawwa
                     Jom online je......01123118546


sedekat dengan senyuman.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah ada masa sikit hari ni...nak sapu sawang dan nak mop lantai blog ni..haha..dah lama tak buka blog.banyak berfacebook dan instgram je..

Sedekah sebagai penyelamat api neraka...
Sedekah ni banyak cara dan pahalanya, yang kita tahu tapi kita tak buat.

Senyum itu satu sedekah, sangat senang dan tak bermodal apa apapun, tapi ada diantara kita yang nak senyumpun susah. Pelikkan.

Mila ada kenal seseorang yang susah senyum... Setiap kali pergi solat dia lalu hadapan mila, tapi sayangnya tak pernah senyum, nak bertegus sapa jauh sekali.. Dalam hati mila selalu tetanya tanya kenapa susah sangat dia nak senyum. Setiap kali dia lalu mila akan pandang dia dan senyum..tapi dia buat muka selambe je.. Sikitpun tak senyum...

Mila tak pernah betputus asa. Dia lalu je mila pandang dia senyum dan tundukan kepala sedikit..hari hari buat dan setiap waktu solat mila akan tunggu dia lalu.. Haha..kelakarkan..

Akhirnya yes...dia dah mula senyum dan bertegur.. Biarpun cuma satu patah perkataan... Yes yes menang... Menang...suka sangat firsttime dia senyum biarpun dia hanya seorang lelaki tua.

14 Feb 2015

waktu nan berlalu pergi

Assalamualaikum... 
Waktu terus berjalan...seperti sungai yang mengalir tidak pernah behenti biapun cuma satu detik..
Bila saat indah...aku ingin sekali waktu berulang kembali. Atau hanya terhenti disitu...tapi sayangnya semua itu  tidak mungkinaan berlaku...
Bila saat sukar aku ingin waktu cepat berlalu... Kerana aku tidak mahi ingat mahupun mengharungi kepahitan itu...
Sedangkan tanpa aku sedari...yang pahit itu lebih sukar untuk dilupakan daripada yang manis..


13 Feb 2015

Perginya seorang pemimpin agung.

Assalamualaikum.........

Malam jumaat yang penuh dengan keberkatan dan  barakah..perginya seorang pemimpin agung yang sangat dihormati dan disayangi rakyat...kita menyanyangi beliau... Tapi Allah lebih menyanyanginya..
Jom kita sama sama baca yasin dan sedekahkan al fatihah kepada beliau..semoga segala jasa dan perjuangan beliau diambil kira.


Jika ada yang  belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Nota: segala maklumat yang saya perolehi tentang Tuan guru adalah melalai wassap.jikaada yang tersalahminta tolong dibetulkan dan saya minta maaf.

12 Feb 2015

jom santai santai...

Assalamualaikum...apa khabar petang ni..jom santai santai dengan mila...santai santai buat bisnes shaklee..hikhik  tau tau setiap 15 haribulan dapat bonus...senangkan.. Produk dah hebat dah popular cuma perlu ada pengetahuan sikit je dah boleh close sales...alhamdulillah..

Shaklee banyak membantu memudahkan kerja promosi sebab kekuatan produknya yang dah lama bertahan dalam Malaysia. Cakap je shaklee ramai yang dah tahu...    alhamdulillah

jika tak ada masa nak join kelas pengetahuan tentang produk kita boleh study tentang  sendiri.. ada buku nota khas tentang produk dan juga keperluan pesakit.
So senang untuk kita buat suggestion.




Lengkap untuk dijadikan rujukan nutrisi. Biarpun kita bukan pakar, tapi jika kita mahir dan boleh ingat semua nota...insya allah kita boleh jadi seorang yang berjaya... Usaha lif kejayaan... Cayok cayok...  Jom bersama mila..

jurujual dalam facebook..

Assalamualaikum... Moga sihat semua..alhamdulillah masih bernafas di bumi ini..dah 34 tahun rezeki Allah bagi pada mila..bagaimana pula dengan anda?

Jurujual dalam facebook...boleh tak tajuknya begitu.. Kira bolehla kan..blog mila..mila yang punya.. Mila baru lagi jadi jurujual di  facebook, sebelum ni facebook mila hanya untuk mencari kawan kawan lama untuk bertanya khabar...dah kawin belum.. Anak berapa.. Kerja kat mana...pot pet..pot pet.. Huha..huha.. Kisah kisah lama zaman persrkolahan..

Dah selalu selalu sangat huha huha..potpet...pot pet dah tak ada cita menarik...lepas tu mila tengok banyak pulak iklan masuk fb mila... Bagus jugak... Nak buat iklan gak lah..sedar tak sedar mila dah ada satu kios maya kat dalam facebook...kelas gitu... Dua kios boleh dijaga dalam satu masa...

Dulu dulu...bila bosan dan mengantuk mulalah panjangkan langkah pi kedai or kios orang... Cari ubat nengantuk... Pot pet pot pet... alamak.. Seksinya dia tu.. Seksanya orang tu..sedihnya orang ni.. Termengumpat la pulak... Tak tersengaja..

Itu dulu la..sekarang tak lagi.. Bila bosan buka facebook ambil gambar produk pos... Nak cantik nak kurus..nak slim nak gebu..semua nak ada... Jom tengok facebook mila.. Sapa yang belum follow tu boleh la folow ye...hehe.

Inilah facebook mila...tempat mila hilangkan bosan dan berniaga.. Rezekikan ada dimana mana yang penting dan sangat penting adalah rajin dan rajin dan rajin dan lagi rajin...setuju

Ini contoh iklan yang mila biasa buat kat facebook.. Ada orang tengok or tak..mila tak kisah sangat..janji mila berusaha.. Cayok cayok...usaha lif kejayaan...

Ha yang ni lak contoh sambil menyelam minum air..haha..pernah buat tak...sambil bertanya khabar kawan kawan lama tu...ada la juga kawan kawan tanya tentang produk... Alhamdulillah...trus me... Terima kasih diatas sokongan sahabat sahabatku sekalian..boleh dapat harga kawan kawan..tak gitu..jimat sikit dan boleh tolong mila menambah rezeki...alhamdulillah
Ok..sesiapa yang nak jadi kawan baru miola bolehlah follow mila di facebook fb: Tuan Asmila... Salan perkenalan untuk semua.

mudahnya sekarang..ada instgram

Assalamualaikum...dah lama tak buka blog...buzy sikit..eh bz ke..ha..buat buat bz kan..kan.. Hanya diri srndiri je yang mengetahui...

Akujurujual... Senang sangat sekarang ni nak berrniaga...ops...jangan buat muka macam tu..mila nak kongsi bagaimana mila buat ya.. Mila ni jurujual kat kios mila...bila tak ada coustemer, mila ambilah gambar gambar produk, bila bosan bosan boleh la promote dalam instagram, facebook dan blog mila yang tak seberapa ni...ari ni nak buang sawang kat blog...dah lama tak berblogkan...kalau roti dah lama betkulat...hikhik

Instagram mila

 Masih baru lagi tak ramai yang follower dan following
 Contoh pos yang mila buat di instgram
Bosan bosan kat kios inilah kerja mila..ok tak boleh la..mengisi masa dengan perkara yang berfaedah.. Tak adalah mila mengantuk dan kebosanan...huhu..
Sesiapa yang nak folow instgram mila boleh la...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan