Sebenarnya impian ni dah lama Mila simpan dan Mila sangat berharap dapat tunaikannya nanti... Mila suka pantai dan Mila sangat sangat suka pi Pulau.. Damai, tenang.. boleh rehatkan minda dan hilangkan stress...selain itu kita dapat lihat betapa indahnya ciptaan Allah..subhanallah, pulau atau pantai banyak memberikan ketenangan pada Mila. Sebelum berkawin lagi Mila dah cakap kat huby yang Mila akan kunjungi semua pulau yang ada kat Malaysia ni..insya allah.
Kesibukan kerja dan masalah kewangan belum mengizinkan mila mengunjungi banyak pulau. Tapi tak mengapalah, insya Allah, dimurahkan rezeki..impian akan menjadi kenyataan. ok kat sini mila nak kongsi pulau-pulau yang tercantik kat Malaysia. Nak p luar Negara...tak mampu, kita p yang kat dalam Malaysia Dulu ya...jom..
Semua gambar dan maklumat ni Mila google je sebab tak pernah p lagi. kecuali yang ada gambar mila tu..maknanya mila dah sampai ke Pulau tu..
Pulau Tioman Pahang.
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dariMersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
Pulau Redang Terengganu
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman lautKepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.
Pulau Pangkor Perak.
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:
Kota Belanda
Batu bersurat
Pantai Puteri Dewi
Pantai Pasir Bogok
Teluk Nipah
Kota Belanda
Batu bersurat
Pantai Puteri Dewi
Pantai Pasir Bogok
Teluk Nipah
Pulau Dayang Bunting Kedah
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.Mila dah pernah datang sini, tapi tak tau gambarnya kat mana sebab dah lama 2010. Cantik gak pulau ni. nanti bila jumpa gambarnya Mila masukan.
Pulau Sipadan Sabah
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009
Pulau Mabul Sabah
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan.Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikanmarin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti ‘scuba diving’.Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut lain.
My hubby
Pulau Manukan.. perjalanan hanya 15- 30 minit.. ikut kelajuan bot yang dipandu.. Untuk masuk ke pulau, pengunjung dikenakan bayaran RM 3.00 seorang..dari jeti tiket pergi balik Rm28 untuk dewasa dan Rm18 bagi kanak-kanak.
oklah 6 pulau yang cantik-cantik Mila kongsi kat sini, dua daripadanya mila dah sampai. Tahun depan murah rezeki Mila nak ke Pulau Redang Terengganu. Insya Allah... tara dah selesai entry bagi hari yang ke 22.esok kita jumpa di entry yg ke 23...
Hi Mila! Suka pergi pulau ya?? Samalah kita! :)
BalasPadamNanti ada rezeki kita p pulau ramai ramai baru meriah
PadamHi mila! Zarith teringin nak pegi pulau sipadan, huhu
BalasPadamSalam perkenalan =)
http://butikgebugebu.blogspot.com/
salam perkenalan juga untuk zarith.
PadamTeringin nak pergi pulau mabulll... haishh saya pun kalau.nk bercuti suka nak g pulau n kawasan.tanah tinggi je
BalasPadambestkan p pulau n tanah tinngi terasa betaba besarnya ciptaan Allah
Padam