1. Hormati Pasangan.
2. Senyum dan gembirakanlah hatinya.
Sentiasa buat isteri anda tersenyum, biarpun anda kepenatan bekerja seharian kerana isteri juga bekerja biarpun hanya berada di rumah.
3. Lapangkan masa.
Sesibuk manapun anda.tolong luangkan masa untuk bersama isteri dan keluarga. .. Anda boleh membawa mereka bersama untuk agenda hobi anda , curilah masa untuk bersama kerana masa itulah untuk merapatkan kemesraan anda suami isteri.
4.Sentiasa Ucapkan Cinta.
Beritahu apa yang anda rasa, ucapkanlah rasa cinta anda kepada isteri kerana kadangkala kesibukan bekerja menjadikan anda tiada masa bersama..tapi sms atau wassaplah mengatakan ...Abang rindu ayang.. biarpun waktu itu anda masih di pejabat. pasti isteri anda tersenyum manis menanti kepulangan anda di rumah.
5.Buktikan Cinta
Anda tidak perlu memberikan hadiah atau bungaan setiap hari untuk membuktikan cinta anda pada isteri. Yang perlu anda lakukan adalah Prihatin.. ambil berat, sehingga isteri terasa rindu dan tak mampu hidup tanpa anda di sisi.
6.Balasan Untuk Isteri
Balas setiap pemberian isteri kepada Anda. contoh.. jika isteri menyediakan makan malam, ucapkanlah terima kasih diatas kerajinan isteri memasak. pujilah masakan isteri biarpun rasanya kurang sedap. jika ingin menegur sesuatu lakukanlah dalam bentuk gurauan.supaya isteri tidak terasa hati dia atas teguran anda.
7.Sentiasa Berkomunikasi
JIka anda mencintai seseorang, anda sentiasa ingin tahu apa yang dia lakukan dan anda juga rasa bahagia apabila dapat berkomunikasi dengannya. Tanyalah isteri apa yang dia sedang lakukan biarpun anda tahu rutin harian isteri dirumah adalah melakukan perkara yang sama pada setiap hari.
Hadiah percutian buat keluargaku yang tersayang.
Tiada ulasan: