Kami bersarapan di hotel.nasib baik masih ada. Mereka dah nak mengemas sebenarnya..kami sampai.
Rehat jap kat bilik srbelum.memulakan perjalanan kami ke " Taman Sari Water Castle" taman istana tersembunyi yang di kelilingi danau buatan dan Masjid dalam tanah. Jom kita lihat apa ada di sana...
Hasil carian google.
Bila namanya istana ceritanya lebih berkisar tentang sultan dan kehidupannya.betul tak. Taman sari sangat cantik dengan ukiran.. terdapat banyak ukirannya yang lebih kepada hindu. Tetapi sultan pemarintah adalah beragama islam, tetapi waktu dulu islamnya belum kuat.
Tempat mandi para gundik-gundik istana.
Menara di tingkat 3 itu merupakan tempat dimana sultan melihat dan memilih siapa gundik yang akan menemani baginda mandi. Ha gitu...luaskan pasti ramai gundiknya.
Selepas dipilih sultan dan gundiknya akan mandi disini, hanya berdua tanpa gangguan. Romantik gitu.
Lepas tu sultan akan bersauna disini. Rupanya sauna ni dah lama diamalkan oleh orang dulu dulu. Cuma caranya berbeza dari sekarang. Perasan tak ada 3 lubang bawah katil tu, lubang tu digunakan untuk meletskan bara api bagi memanaskan bilik sauna. Oh ye lupa nak bagitau, setiap pintu kat sini rendah je, itu tanda rendah hati.sentiasa tunduk ke bawah.
Gambar dulu...
Dahulunya kawasan ini merupakan taman-taman bunga yang cantik dan segar.
Dinding dinding bangunan dilukis cantik, tiada lagi taman bunga tetapi rumah rumah kecil. Penempatan pekerja istana dan usahawan kecil.sari.
Masjid castle taman sari. Masjid ni bawah tanah, di luarnya di kelilingin air. Jadi dalam masjid ni sejuk je. Kretifkan orang zaman dulu. Mesti best sangat dalam masjid ni dulu. Masjid ni rendah je, jadi sultan pun jalan kaki di dalam masjid. Sama macam rakyat biasa.
Masjid ni 2 tingkat, kat bawah untuk muslimah dan kat atas untuk muslimin solat. Di tengah tengah ni terdapat 5 tangga, iaitu 5 waktu solat, subuh, zohor, asar, magrib dan isyak.
Udaranya sejuk. maklumlah tanah. Tak banyak gambar yang kami ada disini. Oklah kitajumpa di next entry. Lupa nak bagitahu, untuk masuk taman sari ni 300k rupiah untuk satu group.murah je.
Tiada ulasan: