Pusat Dokumentari dan infomasi kebudayaan Minangkabau. Kat sini kami diberi penerangan tentang rumah minangkabau atau Rumah Gadang yang merupakan rumah tradisi di sumatra barat Indonesia.
Rumah ni cantik sangat dengan atapnya berbentuk Tanduk Kerbau dan dindingnya terukir indah. Setiap ukiran dan seninya ada nama dan maksudnya yang tertentu.
Rumah gadang ini merupskan tempat tinggal bersama, dimana keluasannya bergantung kepada berapa ramai anak perempuan yang tinggal didalamnya. Setiap anak perempuan yang telah berkahwin diberikan 1bilik tidur.
Rumah gadang ini didirikan diatas batu dan mempunyai tiang yang senget kerana disini sentiasa berlaku gempa bumi. Tiang yang senget dan batu akan membantu rumah gadang tetap utuh selepas gempa. kajian yang mereka lakukan.
Fokus fokus... Ada banyak pengetahuan di sini.
Ulangtahun perkahwinan yang ke 10 tahun.
2006 - 2016. Nampak tak ukiran dindingnya. Cantik, halus sangat. Berwarna warni lagi.
Bersama kak Suhaily. Comel tak kami..haha..
nampak sangat gemok..hahah. Tak apalah nak juga bergambar.
Apabila pegantin lama kembali..
Ops.. Nape saiz baju membesar ni...
Rugi jika datang sini tak melaram, murah je Rp 35000 alah lebih kurang Rm 12 kot sewa baju.
Ada jurufotor kat sini, tapi belum cukup mahir, gambar kurang cantik. Lebih elok ambil sendiri.
Oklah, jauh lagi perjalanan ni nak ke bukit tinggi...
Kemana kita lepas ini?... Next entry...
Ps/: berjalan bukan hanya untuk bergembira tapi untuk mengutip ilmu dan pengetahuan baru.
Tiada ulasan: