Perjalanan kami ke kali biru mengambil masa lebih kurang 2 jam dari hotel yang terdapat Malioboro.
Jalanya sangat menakutkan mengalahkan jalan genting higland. Sebelah kanan bukit dan sebelah kirinya cerung dalam... Dup dup... Jalan yang sangat mendebarkan.jika tidak cekap memandu bahaya menanti. 2kali avanza kami termati engin di tengah bukit. Ya Allah bedebarnya, kami terpaksa turun untuk sementara waktu... Pengalaman baru best sangat.
Carian google: perjalanan ke kalibiru
Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ke kalibiru, selepas melalui jalan-jalan yang berliku dan bercerum tajam, rupanya kami tersesat jalan. Beberapa kali berhenti untuk bertanya kepada penduduk setempat.
Tiket masuk ke Kalibiru
Bergambar kenangan dulu.alamak acik tu pun bergambar jugak.
Jom panjat lagi. Betul - betul atas gunung ni. Sejuk dan damai je kat sini.
Nak bergambar perlu panjat dulu. Sebelum panjat bayar dulu Rp 15,000 dan Rp 20,000 untuk 4 keping gambar..
Ambil tiket beratur untuk ambil gambar.
Jom kita bergambar berlatar belakangkan tasik dan pepohon yang menghijau.
Best sangat, gayat ...dap dik dup dak dip dup..
Cuba tahan gementar..lawan ketakutan dalam diri, untuk menghayati ciptaan Allah yang maha hebat ini.
Alhamdulillah. Subhanallah cantik sangat.
Banyak lagi aktiviti best kat sini, tapi kami tidak memiliki banyak masa di sini takut nanti tertinggal flight... Rasa macam nak datang lagi.
Carian google. Bestkan jika ada masa jalan jalan di sini.
Carian google.
Jom posing posing disini.
Oklah sekian dulu perjalanan kami di Jogja yokjakarta. Jumpa lagi nanti di entry baru padang bukit tinggi. Percutian ke 2 mila 2016 seronok sangat.
Ps:/ ku berjalan untuk kepuasan hati. Menikmati keindahan ciptaan ilahi.
Tiada ulasan: