Cari Blog Ini

nuffnang

1 Feb 2016

Hari pertama Pantai Parangtritis

Masih lagi cerita dihari pertama, selepas solat zohor dan berehat sekejap kami bersiap siap untuk ke pantai Parangtritis. Bukan kat Malaysia tak ada pantai, tapi kami ingin mencari apa perbezaan pantai sana dengan pantai sini. Untuk masuk ke pantai Parangtritis satu kumpulan  300k lebih kurang rm30 sahaja.

Pantai Parangtritis

Pantai yang landai, tapi ombaknya boleh tahan ganas. Lihat pasirnya, halus dan berwarna hitam.

Bersama kawan lama. Ernawati Amir, 

Haha..cantik tak kaki kami.

Lompat..jangan tak lompat... Satu, dua...tiga lompat lagi sampai jadi
Candit...

Sebenarnya banyak aktiviti yang kami dapat lihat disini.
 Lupa nak tanya, berapa sewanya...macam bestkan?
Gambar ni mila google je...ari tu lupa ambil gambor.

Cantikkan..jom naik kereta kuda.murah je lebih kurang rm 3 je. Di Malaysia tak dapatkan?

       Jika anda berminat naik kuda tepi pantai, inilah masanya. kat sini murah je. Jika kat Malaysia mahal harganya, tapi kami semua segan la.

Nyi Boro Kidul mitos pantai Parangtritis.

Anda juga boleh mandi di pantai Parangtritis, tetapi hati hatibkerana ombaknya agak ganas dan terdapat mitos tentang pantai ini yang dianggap agat misteri. Adakalanya pantai ini menghasilkan ombak yang bertembung dan berpusar di dasar. Pada waktu itu sangat bahaya kerana ombak akan mengheret mangsa ke dasar pantai yang berpusar. Mitos mengatakan kehilangan pengunjung disini kerana di ambil oleh Nyi Boro Kidur untuk dijadikan hamba atau budak suruhan.

Mengikut kajian tentang Pantai Parangtritis. Ombatbganas yang berpusar. 

Ok.dah penat penat berjalan, bergambor dan melompat di pantai, kami mskan ais cream.. Murah dan sedap ye.

Bersambung ke Rumah batik



Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan