Cari Blog Ini

nuffnang

17 Jan 2016

SET MINDA (MINDSET)

SET MINDA (MINDSET)
==================

Credit  AinNurRich
.
Alhamdulillah.. harini saya nak berkongsi tentang mindset.. Sahabat semua faham ke mindset tu apa? hehe.. bukan mudah sebenarnya nak setting mindset ni.. jenuh gak la nak tune.. lagi2 minda dewasa.. ada je suara halus ala2 biawak dalam diri.. mesti ada je ayat "aleeeee.. dia cakap senang laa.. sebab dia dah senang.. dah kaya.." helloo.. saya tak  akan sampai ke tahap ni jika saya tak ubah mind setting saya.. saya  tak nak susah.. saya nak senang dan menyenenangkan orang lain.. saya nak bantu raamai orang.. saya nak semua bahagia.. saya nak selesaikan masalah orang.. yess.. itu la mind setting.. bukan asik fikir sebaliknya yang  tak mendatangkan faedah
.
Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sentiasa memikirkan mengenai kekayaan, kemewahan, kebahagiaan dan tentunya kejayaan. betul ke  tak betul?? Anda juga tidak terkecuali untuk memikirkannya. kannn.. tak perlulah  la berselindung.. namapun manusia kann? Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa anda tidak pernah memikirkan tentang kekayaan, kemewahan, kebahagiaan serta kejayaan. Ini kerana ia menjadi lumrah kita semua sebagai manusia dahagakan semua ini.
.
Malahan jika anda bertanyakan kepada anak-anak kecil, mereka pun berharap mereka ingin menikmati semua ini bila mereka dewasa nanti. Kereta besar, rumah besar, keluarga bahagia, hidup aman damai tanpa hutang dan menikmati hidup yang selesa merupakan impian semua orang. Namun begitu, mengapakah agaknya impian-impian kita tidak menjadi kenyataan malahan lebih teruk lagi anda hidup dalam kesempitan wang dan penuh penderitaan? orang kata.. dah jatuh kadang ditimpa macam2.. bukan ditimpa tangga aje.. tu yang kadang konon2 tak nak main biola tapi terrrr main biola jugek la.. sebab dugaan bertimpa-timpa..
.
Kawan2 tahu tak? Anda merupakan manusia yang sangat rugi jika hidup
anda diselubungi kegelapan dan tak mampu menikmati segala impian anda!
.
Betul.. tak tipu.. Anda merupakan antara orang-orang yang  rugi dan kasihan jika hidup anda penuh dengan kegagalan, kemiskinan serta kesempitan hidup. Ini kerana anda dilahirkan oleh ibu anda di muka bumi ini .. penuh dengan kejayaan dan kini hidup anda penuh dengan kegagalan. Bukankah ini menunjukkan hidup anda penuh dengan kerugian serta sangat menyedihkan?

Sabda Rasulullah SAW: "Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran."

Maksud Riwayat Abu Daud.
Jika anda mengatakan hidup anda sempit kerana berasal dari keluarga yang miskin, percayalah ia bukanlah kerana keluarga tetapi pemikiran sempit anda sendiri. Jika anda mengatakan bahawa hidup anda dipenuhi dengan kegagalan, percayalah bahawa andalah merupakan punca yang menarik kegagalan tersebut dalam hidup anda sendiri.
.
Percayalah bahawa anda tidak layak untuk mengalami kegagalan, kemiskinan dan kesempitan tetapi ANDA LAYAK mendapatkan kejayaan, kekayaan, kemewahan serta kebahagiaan hidup!
.
Percayalah bahawa hakikatnya semua orang dicipta untuk menikmati kejayaan, kekayaan,
kemewahan hidup serta kemewahan!
.
Cuba anda lihat sendiri orang-orang yang berjaya, adakah secara fizikalnya mereka amat berbeza dengan kita? Adakah mereka mempunyai dua otak untuk berfikiran lebih genius? Adakah mereka mempunyai 8 kaki dan tangan untuk membuat kerja lebih pantas dan mendapat duit lebih banyak? Adakah mereka mempunyai sayap untuk terbang ke puncak kejayaan? Ada ke?? tak ada kan? kan?
.
Semestinya Tidak! Mereka tidak mempunyai keistimewaan seperti itu dan ini bermakna mereka juga sama seperti kita mempunyai dua mata, dua kaki, dua tangan, dua lubang hidung dan satu otak. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita dan mereka tiada perbezaan langsung. Jika mereka boleh berjaya, kita juga boleh berjaya. Jika mereka boleh bahagia, kita juga boleh. Dan jika mereka boleh menjadi kaya dan hidup mewah, Ini bermakna kita juga boleh!
.
Ingin tahu kunci sebenar menjadi seorang yang sangat berjaya?
kita jumap di next entry ye... or anda boleh hubungi mila. 01123118546. mila bukanlah jutawan, cuma mila ada sedikit ilmu dan nota yang mila dapat dari pemikiran orang yang berjaya.

Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan