Assalamualaikum, mesti ramai yang nak buat sales di facebook. tapi tak ramai yang tahu cara. betul tak... dan tak sabar untuk menanti respon dari pembeli... dalam seminggu dan sebulan buat iklan masaih tak ada yang membeli. hati mula terasa jemu, fikiran mula mengatakan membazir masa. Sedangkan sebelum ni kita ber fb borak borak kosong tak terasa pula membazirkan masa... Betul tak... ok kat sini mila ada copypast dari group AinNurRichTeam
Cara buat sales kat Facebook..
Sekarang ni tengok FB je ramai orang tengah sibuk mempromote barang masing2 kan.
Macam2 jenis barang ada. Sekarang ni da tak payah susah2 nak hadap jem nak gi shopping mall. Beli guna online je.. Mudah, Cakap mengenai niaga barangan online ni. Ada je saya usha tengok ada usahawan hari2 promote tapi ada yang tak ada result. mesti sedih dan kecewakan?ok jom kita cuba tengok dimana silapnya
1) Jual produk di atas permintaan
Silalah survey dan jangan syok sendiri. Zaman sekarang ni orang lebih suka produk kesihatan dan fesyen (dan juga lain-lain).Peniaga yang banyak sales ialah mereka yang jual benda yang orang nak. Bukannya SS. Ss tu maksudnye Syok sendiri faham yea
2) Buat iklan di FB page dan cari target yang betul/berkualiti.
Jangan campur akaun peribadi dan bisnes dalam satu. Rojak jadinya.
Buat satu FB page dan iklankan post kita. Lagi cepat daripada gunakan teknik free (profile).
3) Gunakan ayat yang POWER
Walaupun produk power, tapi ayat pun kena POWER jugak. Saya sendiri pernah tengok produk yang simple dijual dengan begitu banyak sekali. Semuanya ayat punya pasal, biasa kita tengok kan..barang simple jer tapi komen bertalu minta pm
4) Gunakan gambar yang MENARIK
Kalau bab marketing, gambar memang main peranan. Gambar tak cantik? Orang akan pandang remeh produk kita. Gambar berkualiti? Cantik & mahal jadinya.
Sebab tu dekat shopping mall iklannya cantik-cantik belaka. Pernah perasan tak?
5) BUY 1 FREE 1! BUY 1 FREE
Bonus membezakan kita dengan orang lain. Siapa ada bonus POWER, orang singgah dekat dia.
kita bagi yang simple2..hadiah..free..dapat buku doa ker..
6) Berikan tempoh pembelian TERHAD
Tak buat macam ni, mesti dia delay sampai gaji . Lepas tu bila gaji terus lupa.. sebabnya? Dah dapat duit mestilah pegi enjoy. Lebih baik buat sales/jualan berBONUS dalam tempoh tertentu. Barulah nampak memaksa sedikit customer ni kalau bab2 free suka dia biar simple pun.
7) Gunakan teknik iklan yang lain daripada yang lain
Jangan buat iklan guna teknik yang lama. Sekarang ni terlalu ramai yang buat iklan di FB sampai banyak peniaga FB terpaksa bersaing harga
ok itu sahaja perkongsiannya. Anda faham.. jika anda ingin bersama kami.. mencari rezeki dan ilmu berniaga. jamgan malu malu dan lupa hubungi mila ye.
01123118546 kompleks Pkns Shah Alam.
Tiada ulasan: