Tiket snokling rm 30 seorang, dapat jeket, kaki itik dan goggle.murahkan.kat malaysia mana boleh dapat.
Semalam lupa nak bagitau sebelum pulang ke bilik kami cari pekej untuk snokling..harganya sama sahaja Rm 30 seorang.. Satu bot 40 orang... Kami akan bersnokling di tempat, temoat pertama banyak terumbu karang, air sedalam 30 meter, tempat ke 2 ada penyu air sedalam 18-30 meter dan ombak kuat..huhu...stamina perlu kuat...dan yang ke 3..ada banyak ikan cantik cantik dan airnya agat cetek,.. Sangat puas hati..rugi jika datang sini tak snokling.
Bersedia untuk turun, biarpun hati duk..duk..duk
Alhamdulillah, pengalaman pertama yang tak mungkin dilupakan.
Sebenarnya mila sangat takut dengan air yang dalam.tapi mila cuba melawan debaran didada yang dah tak menentu kerana tak tau berenang...adoi, sangat menguji keberanian..alhamdulillah dengan bantuan Kak yana dan kak Ella, mila berjaya harunginya.happy sangat...walaupun rasa macam nak pengsan... Bila kembali ke bot, kami dah penat.stamina tak kuat.
Kesian kak yana halim.cuma dia yang tahu berenang diantara kami...endingnya dia yang termuntah muntah dan kepenatan kerana 70% kami bergantung kepadanya sewaktu di lautan..
Satu tempat sahaja kami turun yang selebihnya kami cuma jadi pemerhati..huhu...rugikan... Lain kali kami pasti kembali sebab tak puah hati..
Tiada ulasan: