Cari Blog Ini

nuffnang

15 Ogo 2015

Tip untuk mengesan Produk yang telah rosak.


suatu pagi, sebaik sahaja mila sampai ke kedai, datang caustemer yang beli produk Caliph dengan mila 2 hari lepas. Mila masih ingat mereka. dengan  senyuman mereka menghampiri mila.

" Dik ingat mak cik tak, yang beli produk Chalip untuk cucu mak cik ?"
"ingat, kenapa ya? "hairan
"cucu mak cik tak nak minum katanya basi, rasa tak sedap." sambil menghulurkan botol Caliph
Mila teperanjat dan sedikit kehairanan, kenapa boleh jadi macam tu. Botol Chalip ditangan mak cik tu Mila ambil.

Tip mengesan kerosakan produk 
Produk yang berasaskan madu kurma dan campuran buah serta pemakanan sunnah akan rosak sekiranya terjatuh dari tempat yang tinggi.kerosakan dapat dilihat melalui :
botol menjadi kembong
bila dibuka penutupnya akan keluar gas dan bau yang kurang enak
warna produk berubah
dan produk akan kelihatan berbuih.
itu tanda produknya sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Alhamdulillah, produk berada dalam keadaan yang baik.
" Maaf ye mila tak nampak ada masalah dengan produk ni, semua masih ok"
"tapi cucu makcik tak nak minum dia kata basi,
"Produk ni tak rosak, jadi mila tak boleh tukar yang baru atau pulangkan duit, mila minta maaf"
"Ambil kat mana produk ni, takut yang tiruan, sebab sebelum ni beli dia minum."
"Saya agen yang sah puan, saya beli dari Hq, saya tak beli dengan stokis" mila ambil nota kiriman domestik Pos laju yang dihantar oleh Hq yang belum mila buang. nasib baik, ada bukti. 
"oh, maaflah menggangu je"
"tak mengapa ok je, maaflah mila tak dapat pulangkan duit sebab mila memang agen yang sah, dan produk tu tak ada masalah. "
""tak apalah, jangan bagi minum takut sakit perut.''

kata makcik tu pada anaknya dan berlalu... 
dalam hati mila rasa serba salah, harga produk tu RM 80.00, agak mahal, jika mila pulangkan duitnya mila rugi tak boleh clim sebab produk tu tak ada masalah. seharian mila memikirkannya. betul atau salah tindakan mila tidak menukar produk itu.

apa pendapat anda?.. mila salah ke?


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan