Cari Blog Ini

nuffnang

25 Ogo 2015

Hanya pinjaman

Hanya pinjaman.

Dua minggu lepas, mila ke bangi untuk menziarahi arwah mak saudara. Sangat teperanjat apabila kakak menelefon lebih kuran pukul 9.30 malam mengatakan mak saudara mila yang berada di bangi meningalkan dunia pada pukul 6.00 lebih kurang begitulah. Dah lama mila tak pergi ziarah mereka, rumahpun dah lupa kat mana. Beberapa kali menelifon bapaksuadara tak berangkat.. alamak macam mana ni. Jika dia tak pick up call mila tak boleh kerumahnya kerana terlupa. Tapi mila faham, pastinya beliau sibuk kerana arwah baru sahaja pergi.
Alhamdulillah setelah sampai ke bangi. Kami call lagi, kami cari berpandukan alamat yang kami ada, tak jumpa.. call dan call… akhirnya, bapa saudara call mila…alhamdulillah… berjumpa juga.senag sahaja rupanya.. sesampainya kerumah bapa saudara, matanya merah..dia kehilangan kata kata…mila dan suami masuk kedalam rumah. Sekujur tubuh, kaku..berselimutkan kain batik…suami mengambil buku yasin dan membacanya. Mila bertanya khabar tentang Arwah dengan ibunya..
Terasa pilu… ibunya masih ada, arwah yang pergi dulu.
“mak cik sampai petang tadi, arwah memang ada penyakit, petang tadi waktu makcik sampai.. makcik dapat rasakan ada kelain pada arwah.. makcik dah maafkan segalanya.lebih kurang dalam pulul 6 lebih arwah menghembuskan nafas terakhir. Makcik ada bersama”
Ya Allah, indahnya perancanganmu, ibunya berada di Gombak tiba tiba menziarahi arwah di kajang. Sempat bermaaf maafan.. syukur Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 12.30 kami bertolak balik ke shah alam. Di sepanjang perjalanan… mila terfikir, bagaimana kehidupan mila seandainya encik suami pergi dulu.. tak berani untuk berfikir, mengunci minda sedar..sedangkan mati itu pasti, Cuma tak tau bila.. Ya Allah egonya kita dari menerima kenyataan.

Angkuh betul kita dengan pinjaman Allah. Seolah-olah, apa yang kita miliki hari ini adalah hak kita yang kekal abadi, tak sedar yang segalanya hanya pinjaman. Masya Allah… sanggupkah kita memulangkannya kembali dengan redha..ya allah, tak sanggup untukku memikirkannya birpun hanya seminit cuma. Mila lihat wajah anak yang tidur di belakang, dan wajah suami yang sedang memandu.. terima kasih ya Allah, pinjamkan mereka untuk diriku… jangan Engkau ambil mereka dariku, kerana aku belum pernah bersedia untuk kehilangan. 

Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan