Anaku.
Anak… tahukah dirimu, ibu
tersangat sayang padamu, setiap detik waktu yang berlalu..ibu sentiasa
memikirkan bagaimana kehidupanmu andai ibu pergi dulu… kerana itu setiap hari
ibu ingin engkau berdikari, sebagaimana atuk dan nenek mendidik ibu suatu
ketika dulu.
Ketegasan atuk menjadikan ibu
seorang yang sangat berdisiplin tentang masa, sayang atukmu hanya orang biasa yang
tak punya pendidikan. Tak tahu membaca dan menulis, begitu juga dengan nenekmu.
Hanya seorang isteri dan ibu yang bekerja membantu suami di kebun getah. Tapi
ibu sangat banga dengan mereka, Hasil didikan mereka ibu Berjaya, berdikari di
negeri orang dan mampu hidup lebih baik dari hari ke hari.
Anaku,
maafkan ibu, ibu terlepas pandang
tentang dirimu… usiamu setahun, ibu meniggalkanmu kerana ingin merubah masa depan keluarga kita, bukan
ibu tak sayang padamu, tapi ibu terpaksa kerana ibu ada cita cita dan impian
yang sangat besar.. sekali lagi ibu minta maaf padamu sayang, mungkin sekarng
engkau belum mengerti, kesibukan ibu… membuatkan kita jauh… hati terhiris pilu
bila engkau tak pernah ingat apa apapun tentang ibu… tapi boleh mengingati
sengalanya tentang babamu.
Seringkali engkau ucapkan “benci
ibu” … ucapan itu juga yang pernah ibu katakan pada atuk kerana ketegasan atuk
dalam mendidik ibu suatu ketika dulu.. sayang, biarpun dirimu tak pernah
mengerti setiap pegorbanan ibu ibu harap dirimu akan menjadi anak yang soleh.insya
allah sayang, selepas ibu menghantar nenek dan atuk pergi haji. Abu akan
behenti bekerja kerana matlamat ibu dah Berjaya. Atuk dan nenek menghantar ibu
belajar ke university selama 4 tahun.. ibu hanya perlu menhantar atuk dan nenek
menunaikan haji selama sebulan.
Bersabarlah sayang, duit simpanan
ibu, dah hampir mencukupi… insya Allah, jika Allah mengizinkan..ibu akan tebus
kembali 7 tahun masa yang yang ibu siakan untukmu… jangan benci ibu, kerana ibu
sangat sayang padamu.
Tiada ulasan: