Cari Blog Ini

nuffnang

15 Ogo 2015

memberi pada yang tak mampu..

Assalamualaikum semua... mila nak cerita apa yang pernah berlaku pada Mila. simple tapi cukup berkesan dihati mila, bukan nak tunjuk baik. hanya nak berkongsi.

Suatu petang ada seorang mak cik nak beli minyak gamat. harga minyak gamat tu Rm 3.00 sahaja tetapi mak cik ni tak cukup duit... dia tak minta kurang sebaliknya tak jadi beli.. dek kerana rasa simpati Mila memberikan mak cik tu secara percuma.

Tiba tiba bibir makcik tu terketar ketar mengucapkan terima kasih.. matanya berkaca... manik manik halus membasahi pipinya, jari  Mila digengam erak. Mila teperanjat, tak sangka pemberian Mila yang tak seberapa itu sangat bermakna untuknya. Mila peluk makcik tu..

'' Rezeki mak cik hari ni, mila belanja" terasa sakit didada..sebak...mata tiba tiba masuk habuk tapi mila tahan... cuba tersenyum. ucapan terima kasih di ulang beberapa kali...

Mak cik tu pergi meninggalkan Mila,.. Mila diburu rasa rindu pada mak di kampung, umur makcik tu mungkin sebaya mak mila.. hati digayut rasa pilu,.. terbayang mak di kampung..rindu sangat.

Mak cik tu tak mampu, tapi dia tak meminta ... sedangkan sebelum ni mila jumpa pelbagai kerenah coustemer, bergaya dan berkemanpuan tetapi  harga rm 3.00pun , minta  RM 1.00.Semoga Allah mencukupkan rezeki mak cik tu dan terima kasih Allah kerana hantar mak cik tu pada mila.

Memberi tak perlu banyak, sedikitpun cukup beharga bagi mereka yang tak mampu. sebab itu orang kata Sedekah itu baja hati dan baja rezeki, keikhlasan kita memberi akan dirasai nikmatnya .

Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan