Cari Blog Ini

nuffnang

25 Feb 2016

Pusat dokumantari dan infomasi Kebudayaan Minangkabau hari 1.

Pusat Dokumentari dan infomasi kebudayaan Minangkabau. Kat sini kami diberi penerangan tentang rumah minangkabau atau Rumah Gadang yang merupakan rumah tradisi di sumatra barat Indonesia.

Rumah ni cantik sangat dengan atapnya berbentuk Tanduk Kerbau dan dindingnya terukir indah. Setiap ukiran dan seninya ada nama dan maksudnya yang tertentu.

Rumah gadang ini merupskan tempat tinggal bersama, dimana keluasannya bergantung kepada berapa ramai anak perempuan yang tinggal didalamnya. Setiap anak perempuan yang telah berkahwin diberikan 1bilik tidur.

Rumah gadang ini didirikan diatas batu dan mempunyai tiang yang senget kerana disini sentiasa berlaku gempa bumi. Tiang yang senget dan batu akan membantu  rumah gadang tetap utuh selepas gempa. kajian yang mereka lakukan.

Fokus fokus... Ada banyak pengetahuan di sini.

Ulangtahun perkahwinan yang ke 10 tahun.
2006 - 2016. Nampak tak ukiran dindingnya. Cantik, halus sangat. Berwarna warni lagi.

Bersama kak Suhaily. Comel tak kami..haha..

nampak sangat gemok..hahah. Tak apalah nak juga bergambar.

Apabila pegantin lama kembali..
 Ops.. Nape saiz baju membesar ni...
Rugi jika datang sini tak melaram, murah je Rp 35000 alah lebih kurang Rm 12 kot sewa baju.

Ada jurufotor kat sini, tapi belum cukup mahir, gambar kurang cantik.  Lebih elok ambil sendiri.
Oklah, jauh lagi perjalanan ni nak ke bukit tinggi...
Kemana kita lepas ini?... Next entry...

Ps/:  berjalan bukan hanya untuk bergembira tapi untuk mengutip ilmu dan pengetahuan baru.



Lembah anai Air Mancur.

Sesampainya kami di Lapangan terbang Minagkabau, kami telah dijemput oleh Pak zainal. Bersama dengan van besornya.
Selama di sini, inilah kederaan kami. Selesa untuk 16 orang penumpang.

Jom makan dulu, kami laparlah. Masakan padang.

 Banyak tabung kat sini. Dia orang tak mengemis, cuma menyediskan tabung derma.

Nampak tak bekas bekas kecil itu, itulah lauk lauk nasi padang. Tapi mila cuma minta bihun sup dan gado gado. Gado gado ni seperti Rojak di Malaysia.

Rp 2000 bayaran masuk untuk satu kepala. Ramai juga pegunjung kesini.

Jom bergambor..

Lembah anai Air Mancur, terletak di persisiran jalan dan berhampiran landasan keretapi. Ketinggian Air terjun lebih kurang 30 meter.

               My huby..memang suka bergambar

Hati hati batu licin. Bahaya.

Rajin mak cik ni jual buah. Kami beli buah ciku 4 biji dan buah langsat 1ikat. Tak menarik sangat tempat ni. Biasa je, cuma ada nilai sejarah kerana air terjun ni dah lama dan telah di jaga untuk dijadikan kawasan pelancongan. 

Jom, teruskan perjalanan..jauh lagi ni nak sampai bukit tinggi.



Bukit Tinggi Padang hari 1.

Alhamdulillah, setelah 6 bulan beli tiket, hari ni bermulalah percutian kami di Bukit Tinggi Padang selama 4hari 3 malam bermula 20/2/2016- 24/2/2016 seramai 15 orang 4 family 3ibu ibu dan 4 orang kanak kanak. Meriah gitu.

Ramainya orang beratur, cepat cepat nanti terpaksa berlari seperti kami ke bandung tahun lepas. Penat. Penerbangan kami tak lama dalam 30 minit sahaja. Nak makan maggi pun tak sempat habis. Satu pasangan tertingal kerana terlewat sampai.

Cantikan pemandangan langit biru bersama awam seputih salju.
Selamat datang ke lapangan terbang Minangkabau di Padang Indonesia. Maaf gambarnya kurang jelas. Pada hari pertama kami hanya dapat melawati 3 tempat kerana cuaca yang kurang mengizinkan.hujan renyai renyai. 

Lembah Anai air mancur

Pusat Dokumantari dan infomasi Kebudayaan Minangkabau

Jam Gadang.

Mila akan cerita satu persatu tempat yang kami lawati di entry yang berikutnya.
Jom....










Kalibiru Jogja hari ke 4.

Hari ke 4 merupakan hari berakhir kami di Jogja. Hari ni kami santai santai je. Kami bersarapan di hotel dan pukul 8.00 baru kami bertolak ke Kalibiru. Kami membawa semua beg dan barang barang kerana dari Kalibiru kami terus ke Airport. Flight kami pukul 4.30 ada banyak masa lagi untuk kami di Kalibiru. Jom snap snap dan selfie.


Perjalanan kami ke kali biru mengambil masa lebih kurang 2 jam dari hotel yang terdapat Malioboro.
Jalanya sangat menakutkan mengalahkan jalan genting higland. Sebelah kanan bukit dan sebelah kirinya cerung dalam... Dup dup... Jalan yang sangat mendebarkan.jika tidak cekap memandu bahaya menanti. 2kali avanza kami termati engin di tengah bukit. Ya Allah bedebarnya, kami terpaksa turun untuk sementara waktu... Pengalaman baru best sangat.

              Carian google: perjalanan ke kalibiru

Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ke kalibiru, selepas melalui jalan-jalan yang berliku dan bercerum tajam, rupanya kami tersesat jalan.  Beberapa kali berhenti untuk bertanya kepada penduduk setempat.

                             Tiket masuk ke Kalibiru

              Bergambar kenangan dulu.alamak acik tu pun                                bergambar jugak.

          Jom panjat lagi.  Betul - betul atas gunung ni.         Sejuk dan damai je kat sini.

Nak bergambar perlu panjat dulu. Sebelum panjat bayar dulu Rp 15,000 dan  Rp 20,000 untuk 4 keping gambar..

Ambil tiket beratur untuk ambil gambar.

Jom kita bergambar  berlatar belakangkan  tasik dan pepohon yang menghijau.

 Best sangat, gayat ...dap dik dup dak dip dup..

Cuba tahan gementar..lawan ketakutan dalam diri, untuk menghayati ciptaan Allah yang maha hebat ini.

 Alhamdulillah. Subhanallah cantik sangat.
Banyak lagi aktiviti best kat sini, tapi kami tidak memiliki  banyak masa di sini takut nanti tertinggal flight... Rasa macam nak datang lagi.

 
 Carian google. Bestkan jika ada masa jalan jalan di sini.

Carian google.
Jom posing posing disini.


Oklah sekian dulu perjalanan kami di Jogja yokjakarta. Jumpa lagi nanti di entry baru padang bukit tinggi. Percutian ke 2 mila 2016 seronok sangat.

Ps:/  ku berjalan untuk kepuasan hati. Menikmati keindahan ciptaan ilahi.





Malioboro pusat shopping jogja.

Jom shopping, kalau kat  Jogja ni, siapa tak datang Malioboro untuk shopping ni rugilah.. Kat sini macam macam ada.tapi mila terlupa nak snap gambat kat sini. Sebab sampai dah petang. Kami tukar hotel yang lebih dekat dengan Malioboro senang nsk shopping sampai lebampun boleh. Mas miejor dah boleh balik rumah rehat.


Mila lupa ambil gambar di sini.

Pemandangan waktu siang di Malioboro. 
Cantikan. Tapi ni google.

Kat sini banyak kereta kuda dan beca. Murah sangat pusing pusing Rp5000. Macam kesian lak sebab Rm 1.50. Malaysia..murah sangat sangatkan.

Google je..lupa ambil gambar syok sangat shopping

Ok dah malam, dah penat jalan jalan.. Balik hotel tidur dulu dah tak larat luas sangat tempat shopingnya. Harganyapun ok. Tutup buku  hari ke 3. Tak sabar nak ke Kalibiru esok.

Taman sari water castle

Ok, dah penat kami berjalan jalan di Timang Beach, kami pulang ke hotel untuk sarapan. Kali ni kami tak tidur, baru kami sedar jalan ke Timang Beach sepeti Rollercoster haha...baru bunyi suara  bising bising di dalam avanza... Jangan ada yang termuntah ye...

Kami bersarapan di hotel.nasib baik masih ada. Mereka dah nak mengemas sebenarnya..kami sampai.
Rehat jap kat bilik srbelum.memulakan perjalanan kami ke " Taman Sari Water Castle" taman istana tersembunyi yang di kelilingi danau buatan dan Masjid dalam tanah. Jom kita lihat apa ada di sana...

                          Hasil carian google.

Bila namanya istana ceritanya lebih berkisar tentang sultan dan kehidupannya.betul tak. Taman sari sangat cantik dengan ukiran.. terdapat banyak ukirannya yang lebih kepada hindu. Tetapi sultan pemarintah adalah beragama islam, tetapi waktu dulu islamnya belum kuat.
       Tempat mandi para gundik-gundik istana.

Menara di tingkat 3 itu merupakan tempat dimana sultan melihat dan memilih siapa gundik yang akan menemani baginda mandi. Ha gitu...luaskan pasti ramai gundiknya.

Selepas dipilih sultan dan gundiknya akan mandi disini, hanya berdua tanpa gangguan. Romantik gitu.

Lepas tu sultan akan bersauna disini. Rupanya sauna ni dah lama diamalkan oleh orang dulu dulu. Cuma caranya berbeza dari sekarang. Perasan tak ada 3 lubang bawah katil tu, lubang tu digunakan untuk meletskan bara api bagi memanaskan bilik sauna. Oh ye lupa nak bagitau, setiap pintu kat sini rendah je, itu tanda rendah hati.sentiasa tunduk ke bawah.

Gambar dulu...

Dahulunya kawasan ini merupakan taman-taman  bunga yang cantik dan segar.

Dinding dinding bangunan dilukis cantik, tiada lagi taman bunga tetapi rumah rumah kecil. Penempatan pekerja istana dan usahawan kecil.sari.
 Masjid castle taman sari. Masjid ni bawah tanah, di luarnya di kelilingin air. Jadi dalam masjid ni sejuk je. Kretifkan orang zaman dulu. Mesti best sangat dalam masjid ni dulu. Masjid ni rendah je, jadi sultan pun jalan kaki di dalam masjid. Sama macam rakyat biasa.

Masjid ni 2 tingkat, kat bawah untuk muslimah dan kat atas untuk muslimin solat. Di tengah tengah ni terdapat 5 tangga, iaitu 5 waktu solat, subuh, zohor, asar, magrib dan isyak.


Udaranya sejuk. maklumlah tanah. Tak banyak gambar yang kami ada disini. Oklah kitajumpa di next entry. Lupa nak bagitahu, untuk masuk taman sari ni 300k rupiah untuk satu group.murah je.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan