Cari Blog Ini

nuffnang

26 Ogo 2015

Program kanak kanak khas di pkns

Alhandulillah, hari ni bila mila ke pkns..mila lihat ramai budak budak sekolah..tapi ada sesuatu tentang mereka..sesuatu yang membuatkan mila sayu...  Dalam pemerhatian mata kasar, mereka sempurna... Tapi hakikatnya mereka datang kedunia bersama pahala yang sangat besar untuk ibu dan bapa mereka.
Anak anak pendidikan khas, adakalanya kita tak dapat lihat kekurangan mereka dengan mata kasar, ya allah tabahkanlah hati ibu dan bapa yang dikurniakan anak yang istimewa. Program ini, berlansung selama 2hari. 25 dan 26 augus 2015.. Jom kita meriahkan majlis di PKNS shah alam

Pertandingan congkak
   
                                Pertandingan kerom

Anak itu amanah allah, rezeki yang Allah berikan kepada.kurniaan yang terindah dan paling beharga. Sayangilah mereka biar apapun keadaan mereka kerana Allah tidak akan mencipta seseorang itu dengan sia sia.

25 Ogo 2015

Ibu sayang padamu

Anaku.
Anak… tahukah dirimu, ibu tersangat sayang padamu, setiap detik waktu yang berlalu..ibu sentiasa memikirkan bagaimana kehidupanmu andai ibu pergi dulu… kerana itu setiap hari ibu ingin engkau berdikari, sebagaimana atuk dan nenek mendidik ibu suatu ketika dulu.
Ketegasan atuk menjadikan ibu seorang yang sangat berdisiplin tentang masa, sayang atukmu hanya orang biasa yang tak punya pendidikan. Tak tahu membaca dan menulis, begitu juga dengan nenekmu. Hanya seorang isteri dan ibu yang bekerja membantu suami di kebun getah. Tapi ibu sangat banga dengan mereka, Hasil didikan mereka ibu Berjaya, berdikari di negeri orang dan mampu hidup lebih baik dari hari ke hari.
Anaku,
maafkan ibu, ibu terlepas pandang tentang dirimu… usiamu setahun, ibu meniggalkanmu kerana  ingin merubah masa depan keluarga kita, bukan ibu tak sayang padamu, tapi ibu terpaksa kerana ibu ada cita cita dan impian yang sangat besar.. sekali lagi ibu minta maaf padamu sayang, mungkin sekarng engkau belum mengerti, kesibukan ibu… membuatkan kita jauh… hati terhiris pilu bila engkau tak pernah ingat apa apapun tentang ibu… tapi boleh mengingati sengalanya tentang babamu.
Seringkali engkau ucapkan “benci ibu” … ucapan itu juga yang pernah ibu katakan pada atuk kerana ketegasan atuk dalam mendidik ibu suatu ketika dulu.. sayang, biarpun dirimu tak pernah mengerti setiap pegorbanan ibu ibu harap dirimu akan menjadi anak yang soleh.insya allah sayang, selepas ibu menghantar nenek dan atuk pergi haji. Abu akan behenti bekerja kerana matlamat ibu dah Berjaya. Atuk dan nenek menghantar ibu belajar ke university selama 4 tahun.. ibu hanya perlu menhantar atuk dan nenek menunaikan haji selama sebulan.
Bersabarlah sayang, duit simpanan ibu, dah hampir mencukupi… insya Allah, jika Allah mengizinkan..ibu akan tebus kembali 7 tahun masa yang yang ibu siakan untukmu… jangan benci ibu, kerana ibu sangat sayang padamu. 

Hanya pinjaman

Hanya pinjaman.

Dua minggu lepas, mila ke bangi untuk menziarahi arwah mak saudara. Sangat teperanjat apabila kakak menelefon lebih kuran pukul 9.30 malam mengatakan mak saudara mila yang berada di bangi meningalkan dunia pada pukul 6.00 lebih kurang begitulah. Dah lama mila tak pergi ziarah mereka, rumahpun dah lupa kat mana. Beberapa kali menelifon bapaksuadara tak berangkat.. alamak macam mana ni. Jika dia tak pick up call mila tak boleh kerumahnya kerana terlupa. Tapi mila faham, pastinya beliau sibuk kerana arwah baru sahaja pergi.
Alhamdulillah setelah sampai ke bangi. Kami call lagi, kami cari berpandukan alamat yang kami ada, tak jumpa.. call dan call… akhirnya, bapa saudara call mila…alhamdulillah… berjumpa juga.senag sahaja rupanya.. sesampainya kerumah bapa saudara, matanya merah..dia kehilangan kata kata…mila dan suami masuk kedalam rumah. Sekujur tubuh, kaku..berselimutkan kain batik…suami mengambil buku yasin dan membacanya. Mila bertanya khabar tentang Arwah dengan ibunya..
Terasa pilu… ibunya masih ada, arwah yang pergi dulu.
“mak cik sampai petang tadi, arwah memang ada penyakit, petang tadi waktu makcik sampai.. makcik dapat rasakan ada kelain pada arwah.. makcik dah maafkan segalanya.lebih kurang dalam pulul 6 lebih arwah menghembuskan nafas terakhir. Makcik ada bersama”
Ya Allah, indahnya perancanganmu, ibunya berada di Gombak tiba tiba menziarahi arwah di kajang. Sempat bermaaf maafan.. syukur Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 12.30 kami bertolak balik ke shah alam. Di sepanjang perjalanan… mila terfikir, bagaimana kehidupan mila seandainya encik suami pergi dulu.. tak berani untuk berfikir, mengunci minda sedar..sedangkan mati itu pasti, Cuma tak tau bila.. Ya Allah egonya kita dari menerima kenyataan.

Angkuh betul kita dengan pinjaman Allah. Seolah-olah, apa yang kita miliki hari ini adalah hak kita yang kekal abadi, tak sedar yang segalanya hanya pinjaman. Masya Allah… sanggupkah kita memulangkannya kembali dengan redha..ya allah, tak sanggup untukku memikirkannya birpun hanya seminit cuma. Mila lihat wajah anak yang tidur di belakang, dan wajah suami yang sedang memandu.. terima kasih ya Allah, pinjamkan mereka untuk diriku… jangan Engkau ambil mereka dariku, kerana aku belum pernah bersedia untuk kehilangan. 

24 Ogo 2015

spa Q senior dan Spa Q juniour

Assalamualaikum, hari ni mila nak bercakap tentang produk minda. Produk yang difomulasi untuk membantu anak anak kita dalam pembelajaran. Sebenarnya setiap manusia ibu diciptakan sama sahaja di berikan kepandai dan minda untuk berfikir.betul tak?

Anak anak kita bukan tak pandai dan bukan juga seorang yang pemalas tapi jaduan pembelajaran zaman sekarang menyebabkan mereka penat dan letih, keadaan ini yang menyebabkan mereka kurang tumpuan dalam bilik darjah dan sentiasa lemau sahaja. sebagai ibu bapa yang prihati dan cemerlang jom kita bantu meningkatkan prestasi anak anak kita. 

Spa Q senior
Mencergaskan minda
Membuangkan toksik dalam badan
Menghilangkan rasa malas
Menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan
Menghubungkan sel sel otak agar minda dapat berfungsi dengan baik
Menstabilkan selera makan
Menghilangkan rasa letih
Mengurangkan risiko barah/ kanser
Menambahkan tenaga
Melancarkan peredaran darah
Isi kandungan:
14 biji
Cara Pengambilan:
1 biji seminggu (pagi) sebelum makan.

Kegunaan: 3 bulan setengah.
Harga:
RM69.00 (S/M)
RM75.00 (S/S)

Spa Q junior

Menambahkan kecekapan minda dan menguatkan daya ingatan
Mengaktifkan sel-sel otak (Neuron)
Meningkatkan daya tumpuan
Mengurangkan rasa letih dan mengantuk
Menambahkan tenaga
Menghilangkan rasa malas dan mempunyai pemikiran yang positif.
Melancarkan pengedaran darah dan oksigen ke otak
Antioksida dan membuang toksid dalam badan
Menstabilkan hormon dan selera makan
Isi kandungan:
14 biji
Cara Pengambilan:
1 biji seminggu (pagi) sebelum makan.

Kegunaan: 3 bulan setengah.
Harga:
RM69.00 (S/M)
RM75.00 (S/S)

Terkilan..

Assalamualaikum.Jumaat lepas, lambat p kerja lalu kawasan sekolah..tiba tiba kensngsn lalu bermain fifikiran...rindu sangat pada ayah ..

Teringat zaman sekolah, rendah .lebih kurang 25 tahun yang lepas.. Keluar je pintu pagar sekolah...mata terus mancari dimana ayah .. Dulu di kampung, waktu balik sekolah banyak motosikal...ibu atau bapa ramai yang berbual mesra antara satu sama lain.menanti waktu habis persekolahan...

Dulu dulu,ayah selalu datang ambil lambat.ada kalanya berjalan kaki dah separuh jalan dan kadang kadang berjalan kaki sampai rumah...dibawah cahaya matahari pukul 2 ptg berjalan sorang sorang...waktu tu rasa sedih sangat... Tapi aku tau,ayah tak sengaja ayah sibuk dengan kerja mencari rezeki aku dan yang lain, aku redha..

zaman dulu dunia masih aman.jika zaman sekarang dah lama rasanya aku kena culik sebab jalan balik ke rumah melalui jalan raya besar.jalan raya utama kota bharu ke kuala lumpur dan tak ramai yang berjalan kaki sebenarnya...

Hari ini, tiada lagi motosikal.yang kelihatan kereta kereta besar dah mewah membanjiri kawasan persekolahan... Ibu bapa tak semesra dulu.masing masing bersama hp ditangan dan menunggu di dalam kereta.ada ekon...tak panas...

Hati tiba tiba rasa sayu,melihat ibu bapa ysng sabar menunggu....aku...aku terlalu sibuk dengan kerja, tak pernah sekalipun mengambil anakku disekolah,  tugas itu aku serahkan kepada drive bas... Aku rasa aku kehilangan sesuatu... Manik manik halus tiba tiba membasahi pipiku...

Nikmatnya hidup, andai pergi dan balik sekolah si anak, aku mampu uruskan dengan sendiri..bahagia dan ceria sangat...melihat kesibukan dan kekalutan ibu dan ayah...ada yang memangil mangil anaknya.. Satu suasana yang indah dipandangan mataku...
Insya allah suatu hari..aku ingan mekuangkan masa bersamamu..nik muhammad haziq.

17 Ogo 2015

Caliph terbaik untuk anak anda.


Alhamdulillah, mila jumpa lagi dengan mak cik yang beli Caliph untuk cucunya itu, dari jauh mila senyum padanya. dan dia membalas senyuman mila...setelah beberapa langkah terdengar orang memangil seseorang, mila tidak menoleh mahupun behenti sehingga bahu mila di sentuh.
"adik yang jual caliph aritukan"
"minta maaf sangat sangat tentang hari tu, bila balik mak cik marah cucu mak cik, malu mak cik pada kamu.
"eh ok je, mila yakin sebab mila agen yang sah jika mila ambil dengan pemborong milapun takut juga, tertipu dengan produk tiruan. tapi biasanya  produk turuan lebih kepada produk kosmetik dan kecantikan"
"oh ye ke, nanti makcik nak beli produk lain dengan kamu, sat lagi mak ci ke kedai kamu, maaf ye tentang hari tu"
"ok je.."
Alhamdulillah, bila kita jujur dengan apa yang kita lakukan, kita akan mendapat yang terbaik.
untuk pengetahaun caliph adalah produk  yang mengandungi

 'GRED TERBAIK' :
like emoticon Kurma
like emoticon Kismis
like emoticon Madu
like emoticon Delima
like emoticon Buah Tin
like emoticon Aprikot
like emoticon Omega 3
like emoticon Omega 6
 Kenapa saya harus memilih Jus Caliph untuk anak saya?kerana
heart emoticon Kesemua kandungan di dalam Jus Caliph -Sunnah Supplement For Kids merupakan sumber yg tinggi dengan Serat, Vitamins, Minerals dan nutriens yang lain.
heart emoticon Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak kanak.
heart emoticon Setiap bahan yang terkandung dalam Jus Caliph memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.
heart emoticon Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Caliph bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah..

Jus Caliph- Sunnah Supplement For Kids tidak mendapat pengiktirafan sebagai 'PRODUK TIDAK PERLU BERDAFTAR' kerana ianya hanyalah makanan tambahan(food supplement) berasaskan buah buahan Gred Terbaik.
Walaubagaimanapun, anda boleh semak status Jus Caliph di KKM menggunakan Nombor Rujukan 020215/01/249 dan hubungi 03-78835400 (Unit Pengkelasan KKM)

bagi ibu dan bapa yang prihatin penyanyang dan cemerlang . pilihlah pemakanan yang terbaik untuk anak-anak anda. kerana makanan yang baik mampu menjadikan anak anda seorang yang cergas pintar dan insya allah taat pada anda dan Allah.

untuk mendapatkan produk caliph anda boleh hubungi Mila 01123118546 atau jumpa mila di kompleks PKNS Shah Alam.

MZ SECRET BOTOX CREAM - WAJAH TEGANG DAN GEBU SEAWAL 14 HARI

Produk sehebat botox dan kesannya dapat dirasai dalam masa 14 hari..wow.. macam best je...seronokkan jika segala yang dikatakan menjadi kenyataan ..nak tau ye ke jom kita cuba..tak cuba tak tau....betul tak


KANDUNGAN DALAM MZ SECRET BOTOX CREAM

✔ Aqua (Water)
✔ Butylene Glycol
✔ 1-Methylhydantoine-2-imide
✔ Mel (Honey)
✔ PEG-40 Hydrogenated Castor Oil
✔ Phenoxyethanol
✔ Carbomer
✔ Equisetum Arvense (Horsetail) Extract
✔ Nasturtium Officinale (Watercress) Extract
✔ Maltodextrin
✔ Ethylhexylglycerin Sodium Hyaluronate
✔ Sodium Hydroxide
✔ Disodium EDTA

Mz secret rm 90.00

KELEBIHAN MZ SECRET BOTOX CREAM

✔ Menegangkan kulit wajah
✔ Melambatkan proses penuaan, kulit nampak awet muda
✔ Menghilangkan masalah garis-garis halus
✔ Kulit nampak putih secara natural
✔ Kulit sekata dan tidak berminyak
✔ Pori mengecil
✔ Menghilangkan jerawat serta parut-parut jerawat



KEBAIKAN MZ SECRET BOTOX CREAM

✔ Melicinkan garis- garis halus dan kedutan
✔ Membantu menyempurnakan kulit
✔ Menerangi dan mencergaskan semula rupa kulit
✔ Membantu menangani masalah nada kulit
✔ Membantu meningkatkan rupa keanjalan kulit
✔ Membantu menyediakan penghidratan serta-merta dan tahan lama untuk kulit berseri
✔ Membantu menghilangkan jerawat
✔ Meningkatkan aliran darah ke kulit dan memperbaiki peredaran darah
✔ Mewujudkan kesan segera plumping
✔ Meningkatkan proses membaiki dan mengaktifkan mekanisme
✔ Meremajakan kulit
✔ Mengurangkan keradangan kulit


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan