Cari Blog Ini

nuffnang

14 Okt 2015

Seharian di Sindang Gila Rinjani, Lombok

Assalamualaikum hari ke tiga di Lombok... Perjalanan kami dari Gili Trawangan ke Lombok mengambil masa lebih kurang 35 minit. Ombak yang kuat, dan bergelora membuatkan kak  Yana Halim, pening pening.. Kesian sangat... Mukanya pucat dan tak bermaya. ... Kami fikir, kami tak akan kemana mana mungkin hanya berehat di hotel memandangkan kawan kami yang sangat lemah.

Selepas makan tengahari, mila memberikan kak yana ubat angin, mengurut lehernya dengan fire bam CNI dan memberikannya minum air bergas. Selepas sendawa beberapa kali.Alhamdulillah kak yana makin bertenaga.... Yes..yes.. air terjun sindang gile kami akan kesana kerana hotel kami melewati jalan ke gunung rinjani.

         Perjalan ke air terjun sindang gila...rinjani.
Jom kita jungle traking... Wah dah lama tak masuk hutan ni.nasib baik jalannya dah tersedia... Tapi penat juga naik turun tangga... Kak yana are u redy...
Cayalah kak yana... Lebih kurang 20 minit kami sampai ke air terjun pertama.

Masya Allah cantik sangat air terjunnya, ada tempat persalinan pakain.ramai juga pelancong ke sini.

Di bawah air terjun.angin kuat sangat. Sedap air sejut menimpa badan...macam terapi jadinya....best rugi jika sampai ke Lombok tak datang ke sini.

 Melintasi air sungai yang cetek dan berbatu licin.

Berdebar debar disini, Mila sebenarnya seorang yang gayat. Mila langsung tak pangdang ke bawah..yang Mila tengok hanyalah langkah kaki kak yana...

Happy sangat dah 15 tahun mila tak aktif dalam panjat gunung, bukit or air terjun... Dulu dulu waktu remaja..suka sangat ikut aktiviti macam ni .Belia 4B dan  Pengakap Muda dan rRakan Muda Rekriasi.

Anak tangga yang kecil kecil.nasib naik..jika turun...pasti gayat....

Sempat lagi bergambar, biarpun kami kepenatan

Akhirnya kami sampai juga ke air terjun ke 2.. Ya Allah cantiknya ciptaanMu.. Mila bersyukur kerana diberi rezeki untuk sampai ke sini.. Dan disini kami berjumpa dengan 4orang remaja dari Johor dan 9 orang dari universiti Terengganu.jom bergambar.

Meriahkan..mereka ni spoting sangat.berlatar belakangkan air terjun Sindang Gile di Rinjani.

Kenangan yang tak akan dilupakan.ok dah penat jom.balik....

Perjalanan balik melalui trowong lebih kurang 15 meter.keadaan dalam trowong sangat gelap, memerlukan lampu suluh. Perlu berjalan dengan berhati hati kerana terdapat banyak besi yang merbahaya, air yang agat deras di dalam trowong dan batu batu tajam diatas... Satu keistimewaan untuk mereka yang rendah ye...
Tara..dah selamat alhamdulillah.abaikan muka Mila yang garang tu ye..penat sebenarnya...

Ok..kita jalan sikit lagi..panjat tangga...turun tangga dah sampai. Hari yang sangat best.. Lombok sangat best... Jom kemana kita selepas ini.entry berikutnya.

Hari ke3...selamat tinggal Gili Trawangan.

Hari ni kami bangun awal pagi menuju ke jeti untuk kembali ke Lombok... Selamat tinggal Gili Trawangan. Satu pulau yang indah dan sangat bersih dari asap kenderaan. Jom bergambar, entah bila lagi akan kembali ke sini.
                             Suasana matahari naik

 Bot nelayan dan bot penambang yang kemas terikat di pinggir pantai.

                        Suasana damai di awal pagi..

Jeti yang tidak digunakan.
Harga publick bot rm 15 seorang.masa yang diambil lebih kurang 35 minit.

Kami bertolak dari Gili Trawangat agat terlambat kerana kak yana dan misz ella masih sayang untuk meninggalkan Gili Trawangan..huhu kami tertingal bot...danbterpaksa membeli tiket baru. Hati hati drngan ulat tiket ye.

Ok babai Gili Trawangan.



Salam maal hijrah

Assalamualaikum... Salam maal buat semua..
Hari ni mila tak sihat.sebenarnya banyak hal yang perlu mila selesaikan.tapi dua tiga hari ni Mila penat sangat, mungkin sebab hormon terganggu kot.

Mila memang menghadapi masalah tekanan darah rendah dan kekurangan zat besi. Perkara ni nampak seperti biasa je, tapi kekurangan zat besi boleh menyebabkan masalah priot yang banyak dalam tempoh yang panjang. Sedih sangat tak boleh beribadat dengan lebih sempurna di tahun baru.

Khas untuk kawan kawan mila nak minta maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah mila lakukan di sepanjang persahabatan kita.



 Doa akhir tahun yang perlu dibaca sebaik sahaja masuk waktu solat Asar.
Semoga tahun ini, kita semua dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan mendapat keredhaan Allah sentiasa.

12 Okt 2015

Berbasikal di lombok

Assalamualaikum...nak sambung cita hari ke dua yang sangat mencabar di lombok... Dah penat bermain air, kami main basikal lak....rajin tak kami...

Bosan tengok muka kami...ni mila bagi muka mek salleh..jom ke "ombak sunset" dari hari pertama sampai kami nak ke sini.tapi tak sempat...hari dah lewat.so harini, biarpun dah penat..kami tetap bersemangat kayuh..kayuh dah terus kayuh... Akhirnya sampai ke destinasi.ombak sunset...
Ramainya...ops...berbayar rupenya, tak mengsoalah kami ambil gambor dari jauh ajelah...

Ambil dari jauh sahaja, seksa sangat mereka di belakang.
                             Credit google cantikkan

             Makan malam di tepi pantai...bestnya
Merehatkan diri, sambil melihat matahari terbenam.
Menjari ketenangan diri yang hilang, ...buag jauh jauh srgala kesibukan di kota dan stress kerja... Sambil berfikir...indahnya ciptaanMu ya Allah...yang jarang kuhayati kerana tiada masa...


Hari ke 2 di lombok

Assalamualaikum...alhamdulillah, hari ni bangun pagi pagi tak sabar untuk pergi snokling...ha..nak tau ini kali pertama mila nak pergi snokling..

Tiket snokling rm 30 seorang, dapat jeket,  kaki itik dan goggle.murahkan.kat malaysia mana boleh dapat.

Semalam lupa nak bagitau sebelum pulang ke bilik kami cari pekej untuk snokling..harganya sama sahaja Rm 30 seorang.. Satu bot 40 orang... Kami akan bersnokling di tempat, temoat pertama banyak terumbu karang, air sedalam 30 meter, tempat ke 2 ada penyu air sedalam 18-30 meter dan ombak kuat..huhu...stamina perlu kuat...dan yang ke 3..ada banyak ikan cantik cantik dan airnya agat cetek,.. Sangat puas hati..rugi jika datang sini tak snokling.
Bersedia untuk turun, biarpun hati duk..duk..duk

Alhamdulillah, pengalaman pertama yang tak mungkin dilupakan.

Sebenarnya mila sangat takut dengan air yang dalam.tapi mila cuba melawan debaran didada yang dah tak menentu kerana tak tau berenang...adoi, sangat menguji keberanian..alhamdulillah dengan bantuan Kak yana dan kak Ella, mila berjaya harunginya.happy sangat...walaupun rasa macam nak pengsan... Bila kembali ke bot, kami dah penat.stamina tak kuat.

Kesian kak yana halim.cuma dia yang tahu berenang diantara kami...endingnya dia yang termuntah muntah dan kepenatan kerana 70% kami bergantung kepadanya sewaktu di lautan.. 
Satu tempat sahaja kami turun yang selebihnya kami cuma jadi pemerhati..huhu...rugikan... Lain kali kami pasti kembali sebab tak puah hati..

Lepas penat bersnokling kami berhenti makan di Gili Air...ok masa untuk balik ke gili trawangan...rehat sat nanti sambung berbasikal..jom next entry.






Gili Trawangan lombok

Assalamualaikum...entry sebelum ni mila cerita tantang perjalanan kami ke Gili Trawangan. Bila dah sampai rehat sat solat Asar, lepas tu... Kami tak sabar untuk berbasikal...seronoknya..satu hari rm 15sewa basikal, 5 petang esok kami pulangkan.jom ronda ronda..
Seronoknya berbasikal

Ramai sangat orang berbasikal kat gili trawangan ni, kat pulau ni tak ada kenderaan lain tau, kecuali cidomo dan basikal. Baguskan.tak ada pencemaran udara.
Cantikkan kereta kudanya

Jom berbasikal beramai ramai.

Bila kereta kuda @ cidomo nak lalu, kita perlu berikan laluan kerana laluanya sempit aje, dan yang kurang bestnya jalannya yang berlobang dan tak rata. Berbasikal seperti naik kereta kuda jadinya...
Rehat sat..penat..

 Matahari mula mengecil dan turun perlahan lahan menyembunyikan sinaran wajahnya.

Emmm...tenangnya...rasa damai sangat ...
Ok, waktu untuk makan malam... Kami memilih untuk makan di pasar malam sahaja.99% penduduk di sini islam..tapi perlu berhati hati juga kerana pemahaman islam mereka tak sama dengan kita...

Best sangat makan malam ni. Ikan bakar, nasi putih, sayur kankung dan ayam bakar semuanya lebih kurang rm 50.00 untuk 3orang makan.

Ok, dah kenyang, dah penat... Dah mengantuk..
Balik tidur...bye... Jumpa next entry.



10 Okt 2015

Hari pertama di lombok

Assalamualaikum... Kali ni mila pilih untuk bercuti ke Lombok, ramai yang cakap tempat tu bahaya, tapi alhamdulillah selama 5 hari 4 malam mila disana lombok tempat yang aman.3-7/10/2015.

Perjalanan Mila ditemani 2orang blogger iaitu Yana Halim dan Misz Ella. Seronok bersama mereka biarpun mereka hampir 10 tahun lebih berumur dari mila.Salam perkenalan buat kak Ella baru first jumpa.
                     Misz Ella,mila dan Yana Halim

Kami sampai dah agak terlewat,so kami ambil speed boat untuk tak buang banyak masa di lautan. Sebenarnya kami dah tak sabar untuk ke Gili Trawangan..harap tak mengecewakan..

Satu speed bot rm120, perjalanan lebih kurang 10-15 minit je.. Tapi ombaknya lebih tahan kuat..so sesiapa yang mabuk laut tu..sediakan ubat ye.. Nanti baru sampai dah lemah...

Ok,kami dah sampai.jom chek in. Kami tingal di Gili T, sangat dekat dengan jetty dan pasar malam. Harganyapun berpatutan rm 180 untuk satu malam. Ok la kongsi 3 orang, so jimat.

Jom rehat sat...solat, nanti kita pusing pusing gili Trawangan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan