Cari Blog Ini

nuffnang

14 Sep 2014

Rumah Flat.

semenjak mila pindah ke shah alam mila tingal di rumah flat seksyen 8...pada mulanya rasa penat sangat sebab tak pernah tingal di rumah flat..tapi pernah duduk asrama di tingkat 2.. sekarang rumah flat mila tingkat 4.. ya ampun..bila tertingal sesuatu..mila tak akan panjat lagi untuk memgambilnya..biarkan aje..tak larat..waktu turun tangga ok la lagi bila nak naik..bercinta betul dibuatnya...

Apa yang mila nak cerita tentang rumah flat sebenarnya   kisah ANAK DERHAKA... ada seorang pak cik tingal di tingkat lima rumah flat, dia cuma tingal seorang diri, tapi pak cik ni sangat rajin setiap hari dia akan berjalan-jalan dibawah flat, mungkin beli barang keperluan dan mingkin juga ambil angin kerana bosan keseorangan di rumah.. Dua tiga hari kami tak nampak pak cik tu, dan kami pun ada bau busuk, kawasan kejiranan tertanya-tanya apa yang berbau busuk..dan yang pasti bau tu datang dari rumah pak cik tu, jadi kami semua berpakat untuk pecahkan pintu..

Astarafirullahalazim.. sekujur mayat yang telah berulat diruang tamu.. matanya..sudah berulat.. sangat mengelikan...  arwah  dah meningal lebih kurang 3/4 hari..sedih, tiada siapa yang tahu.. pihak kejiranan yang menguruskan semuanya. Mila dengar dari jiran-jiran yang dia ada anak tinggal di Kuala Lumpur, dan anaknya berjawatan tinggi.. sedih pilu hati ini..

Seorang anak meninggalkan ayah yang telah tua, berumur dalam lingkungan 80tahun seorang diri di rumah flat tingkat 5, pernah  ke si anak berfikir...laratkah si ayah memanjat tangga hari hari.. masih laratkah si ayah hidup sendiri di usia senja itu... Kuala Lumpur Shah alam... tak sampai satu jampun..entahla... 

Apa yang menyedihkan mila, mayat si ayah yang telah busuk tu dibawa oleh pihat kejiranan seramai lapan orang mengankat dari atas ke bawah. nasib baik arwah tak berbadan besar. banyak kali juga behenti kerana tak tahan busuk,..sedih, ya Allah jauhilah ahli kelurga kami dari masalah yang menimpa. Seandainya si ayah ada buat salah sekalipun, dia tak berhak buat ayahnya macam tu.. sedih betul..geram pun ada.

cerita ini teladan untuk diri mila yang jarang balik kampung melihat mak dan ayah. Tapi mila pastikan setiap minggu mila pasti call mak..Yang merisaukan mila, seandainya mak pergi dulu..ayah tak mungkin meningalkan rumahnya untuk tinggal bersama anak-anaknya.... siapakah diantara kami yang sangup berkorban demi orang tua tercinta.. ya Allah engkau lebih tau rahsia hatiku.

Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan