Cari Blog Ini

nuffnang

14 Sep 2014

Bagaimana nak mula niaga.... part 1.

Zaman sekarang ramai sangat yang nak berniaga, nak cari duit lebih dengan berniaga, nak ikut sunah Rasulullah dengan berniaga, nak free live jadi bos dan jadi kuli dengan berniaga... semua nak nak.. dan nak dengan berniaga..

Mila bukannya hebat dalam berniaga, cuma mila..minat berniaga...sebab keturunan kot.. nenek mila belah mak berniaga atas pasar Pasir Puteh, atuk dan nenek mila belah ayah  ada kedai runcit dan kedai makan.Manakala mak dan ayah mila sendiripun ada kedai runcik...mereka dah lama berniaga boleh dikatakan mila dibesarkan hasil dari duit berniaga..so tak salahlah jika mila sendiripun sekarang berniaga... walaupun asalnya niat mila untuk berniaga tidak direstui oleh sesiapa... pejam mata, tanya hati yakin pada diri.. insya Allah mila boleh buat,tempoh 3 tahun yang mila minta dari suami telah tamat..tapi dunia perniagaan mila masih belum terhenti... Alhamdulillah, mungkin memang rezeki mila dalam berniaga.

Bermula dengan berniaga suka-suka kat rumah dan ingin lepaskan duit minyak balik kampung akhirnya BERNIAGA menjadi  pekerjaan tetap mila dari lepas universiti sampai sekarang. Ijazah yang mila ada simpan dalam peti besi. Ada gak kawan kawan tanya tak nak sambung belajar ke...rasanya..tak kot.. malas lagipun mila tak gunapun apa yang mila belajar dulu untuk bisnes mila sekarang ..jika mila nak sambungpun ambil ilmu internet.

Bagi mila  nak niaga ni ada 5 je yang paling penting.

1. Minat dan kehendak kita.
2. Tau apa yang orang mahu.
3. Rajin dan ramah mesra.
4.Rendah diri dan jujur.
5.Buat kerana Allah.

Minat dan kehendak kita.
Berniaga tak boleh ikut-ikut, tak boleh kerana di paksa. Kita tak akan mampu buat sesuatu itu dengan sempurna jika kita tak mahu melakukannya. Tapi kita jadi kuat dan bersemangat untuk melakukan sesuatu kerana kita minat. Sangat minat sehingga kita tak peduli apa orang kata, kita tak rasa putus asa sewaktu terjatuh, kita tak rasa sakit sewaktu di uji dan kita sentiasa bersemangat melakukannya dengan kehendak sendiri tanpa di suruh oleh sesiapa. kita mudah faham dan rajin berusaha.itulah minat.

Tau apa yang orang mahu. 
kita perlu ada sedikit ilmu untuk mengetahui apa yang orang lain mahukan.(boleh buat kajian) bila dikatakan berniaga, kita jual sesuatu yang menjadi keperluan atau kehendak kepada orang lain.Bila ada permintaan barulah ada urusan perniagaan.so jangan syok sendiri ya...

Rajin dan ramah Mesra.
Kelebihan produk jarang berada pada produk, kebanyakannya kelebihan sesuatu produk itu terletak pada bibir juru jualnya. pandai promote, pandai ambil hati dan tau serta ada maklumat tentang produk menjadikan seseorang kelihatan berpengetahuan dan menarik minat orang ramai untuk berurus niaga dengannya... Rajin berusaha tak dapat dipisahkan dalam diri peniaga. Peramah sangat pentinng.

Rendah diri dan jujur
Kejujuran sangat penting dalam perniagaan kerana sekali orang tak percayakan kita susah untuk kita mengembalikan kepercayaannya pada kita. Bila hilang rasa percaya tak ada lagi urus niaga dan nama baik juga akan tercemar. Dari kepercayaan kita dapat menjalinkan ukhwah dengan pelanggan.

Buat kerana Allah.
Berniagalah kerana ingin mencari rezeki yang halal dan kerana Allah. berniaga yang berkonsepkan keuntungan semata-mata tidak akan kekal  lama.

nak buat dropship produk kesihatan
nak jadi ahli shaklee
nak jadi agen jual baju muslimah
semuanya tanpa modal..yang perlu ada 5 yang di atas...
hubungi
01123118546
0123719546
fb:tuan Asmila
fb: inspirasiMuslimah

                                                          pilihan produk untuk dropship




Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan