Cari Blog Ini

nuffnang

30 Mac 2014

Panduan Legakan Rasa Marah.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah. Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah..
Huraian Hadith: 
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan. Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.(nota: Jabatan Kemajuan Islan Malaysia.)
Perasan marah adalah satu fitrah pada semua manusia yang normal. Ianya hadir tanpa kita sedari. Tindakan spontan apabila berlaku sesuatu yang kita tidak suka atau setuju... perubahan pada tona wajah dan tarikan wajah menyebabkan seseorang mengetahui yang anda sedang marah.

 Sifat Marah ini ada baik dan buruknya...Marah yang baik adalah marah apabila melihat maksiat. Tapi walau dalam apapun situasi sifat marah yang kita pamerkan pasti meninggalkan kesan negetif... seperti paku yang  di ketuk pada dinding batu... paku diketuk  kedalam apabila kita marah.. bila kita minta maaf dan mencabut paku didinding tersebut.. permukaannya tidah secantik dulu.  begitu juga dengan hati yang kita lukai dengan kemarahan. Sebab itu berhati hatilah bila marah.. kerana Marah itu merupakan pintu utama Syaitan untuk menghasut kita.


Cara menangani rasa marah.

Diam.

Diam adalah lebih baik daripada berkata-kata, kerana sewaktu marah kita tidak sedar apa yang kita pekatakan. oleh itucara yang terbaik adalah diam.Sabda Rasulullah S.a.w maksudnya " apabila salah seorang daripada kalian sedang marah maka hendaklah dia diam." (riwayat Ahmad)

DUDUK
Duduk juga merupakan salah satu cara yang baik utntuk mengawal perasaan marah. Jika berdiri, dikhuatiri perasaan marah akan diikuti oleh gerakan fizikal yang lain seperti memukul dan menendang. Hadis Nabi s.a.w maksudnya: “apabila salah seorang daripada kalian marah sedangkan dia berdiri, maka hendaklah dia duduk agar kemarahannya hilang. Apabila masih belum reda, maka hendaklah dia baring.” (Riwayat Abu Daud).


BERWUDUK
Mengambil wuduk adalah cara yang yang sangat baik untuk melegakan perasaan marah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “marah ialah bara api, maka padamkan ia dengan berwuduk.” (Riwayat al-Bukhari).


Panduan  legakan rasa marah.

Tarik nafas dalam-dalam
Udara dapat membantu untuk mengurangkan kadar hormon serotonin yang di keluarkan apabila anda marah.

Mengingatkan diri Anda sendiri
Mengingatkan diri tentang kesan negetif apabila marah, wajah menjadi tegang dan kemerahan, badan mengigil tahan marah dan kelihatan sangat buruk. suara meninggi dan bahasa yang tidak sopan serta menyakitkan.

Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira
Jangan fikirkan tentang kemarahan itu. cuba fikirkan sesuatu yang lebih indah dan baik.

Keluar dari situasi kemarahan.
Keluar daripada situasi dimana anda meninggalkan orang atau keadaan yang membuatkan anda marah... sibukan diri dengan perkara lain sehingga ada manpu melupakan kemarahan anda.

Ambil masa untuk Diri.
Apabila marah anda ambil masa untuk diri anda berfikir kenapa nada perlu marah.. "think positif" orang yang berfikiran positif susah untuk marah dan dimarahi.

semoga apa yang dikongsikan dapat membantu anda menangani perasaan Marah..


Tiada ulasan:

 photo comment6copycopy.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan