Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyanyang.
Segala maklumat mila perolehi dari pembacaan buku dan internet, mila olah kembali. Semoga memberikan manafaat untuk semua.
Apa itu Gaut.
Gaut adalah penyakit sendi yang disebabkan oleh penghasilan kristal di kawasan sekita sendi tulang. Kristal ini dihasilkan daripada uric acid yang terkumpul di sekitar sendi (sebagai contoh di sendi sekitar kaki, tangan , lutut dan lain-lain), menyebabkan kesakitan pada sendi-sendi tersebut.
Uric acid adalah bahan kumuh daripada sistem perkumuhan dalam badan, terutamanya daripada protin yang dipanggil sebagai purines. Selalunya ia dibuang melalui buah pinggang. Apabila badan tidak mempu membuangnya dari sistem badan secara efisyen, maka jumlah uric acid yang terkumpul dalam badan akan meningkat, menyebabkan seseorang pesakit lebih mudah untuk mendapat penyakit gaut.
Simtom-simtom Gaut?
Simtom yang paling utama adalah kesakitan pada sendi, di tangan dan di kaki, terutamanya di sekitar ibu jari kaki, siku dan lutut.
Kesakitan yang menyerang tanpa diduga, selalunya pada waktu pagi. Serangan gaut ini selalunya terjadi selama 2 atau 3 hari, bergantung kepada secepat mana rawatan diambil untuk merawat gaut ini.
Siapa yang boleh mendapat Gaut?
Setiap manusia menghasilkan uric acid dalam sistem perkumuhan. Namun, penyakit ini berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan genetik dan juga jantina, yang mana lelaki sekitar 30% hingga 60 %lebih ramai yang mendapat penyakit ini.
Penyebab Gaut.
- Pemakanan yang kaya dengan protin.
- Obesiti
- tekanan darah tinggi
- Beberapa ubat-ubatan (contohnya ubat kencing manis seperti diuretic),
- kecederaan,
- surgeri atau kelaparan/puasa boleh juga menyebabkan gaut.
Rawatan mengunakan Suplemen Shaklee.
Vivix
|
Mengimpakan 4 mekanisma Utama penuaan selular
|
Herb Lax
|
Membersih usus, detox.
|
B- Complax
|
Asid folid penting dalam metabolism nukleoprotin
|
Garlic
|
Bagus untuk sakit dan bengkak
|
Vita E 400IU
|
meneutralkan radikal bebas
|
Alfafa Complax
|
Menurunkan asid serum (alkalin)
|
Vita C 500
|
Menurunkan asid serum
|
Ostematrix
|
Bagus untuk sakit dan bengkak.
|
Penggunaan ‘hot pack’ atau pun ais juga mampu membantu.
1) kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan purines protein, seperti organ dalaman haiwan (hati, peparu, ginjal dll), dan juga ikan-ikan dalam tin (sardin, ikan bilis, dll).
2) makan makanan yang seimbang dan dalam jumlah yang biasa (tidak terlalu banyak atau sedikit)
3) minum air yang mencukupi
4) menjaga berat badan supaya ideal, namun jangan kurangkan berat badan secara terlalu drastik
5) memakai kasut yang selesa
6) bersukan dan beriadah selalu
Anda perlu jauhi:
1) stres yang berlebihan dan tidak sihat
2) bersukan secara berlebihan dan berat
3) membiarkan diri anda dalam kesejukan yang melampau tanpa sebarang perlindungan
Tiada ulasan: