Cari Blog Ini

nuffnang

29 Jan 2015

Berkongsi rezeki.. dropship produk.

Akujurujual....
Assalamualaikum...alhamdulillah, berkat mila berniaga mila mampu berkongsi rezeki dengan orang lain. Syukur pada allah dengan limpahan nikmat dah rahmatnya mila mampu membuka group dropship dimana memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai modal untuk berniaga.

Kadangkala, mereka bukan tidak mempunyai modal tetapi mereka tidak mahu meyimpan stok, kerana mereka hanya berniaga untuk mendapatkan pendapatan tambahan/sampingan sahaja. Dengan kata lain partime job..menggunakan hp or laptop. Kebanyakan mereka adalah surirumah dan studen.. Tapi orang yang dah ada kerjayapun ramai yang megambil peluang ni untuk mendapatkan harga ysng lebih murah.

Lagipun dropship ni senang tugasnya hanyalah
1. Copy dan paste maklumat yang diberikan.
2.Rajin promote.
3. Tak perlu simpan stok
4. Tak perlu bermodal.
5. Tak perlu ke pejabat pos.
6. Hanya perlu transfer duit dan sms alamat pembeli.
7. Tak ada risiko.untung bersih tanpa modal.

Senang zaman sekarang nak cari duit tak susah ada pelbagai cara.yang paling penting anda perlu rajin dan rajin dan rajin dan rajin.

                             Dropship Family herbs






Alhamdulillah ada 3 group. Mila ambil tak ramai dalam 30 orang je...sesiapa yang nak berkongsi rezrki bersama mila jom kita sama sama promote produk. Anda adalah rakan kongsi bisnes mila... Kita semua saling membabtu dan betkongsi rezeki yang Allah berikan.sesiapa lagi yang nak join kami boleh wassap mila ya..01123118546.


Semoga rezeki kami semua diberkati amin.

selepas rotan tak boleh digunakan..

Assalamualaikum...semoga srmuanya sihat walafiat..mentel dan fizikal...keadaan sekarang banyak dah berubah..ibu bapa dan guru guru bersabarlah dalam mendidik generasi kita yang akan datang.semoga mereka menjadi insan yang berguna.
Apabila rotan tidak boleh digunakan?


SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak²)

عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر. 

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda : 

Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
_______________

Dalil Pukul Anak.

Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”. 

(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)

Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut nafsu
_______________

Had angkat tangan ketika merotan

Jgn melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jgn jatuh buku tu masa angkat tangan.. 

Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni syurga.. jgn sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.

Apa pula pendapat anda?


akujurujual..mudah berkawan...

Assalamualaikum...malam dah ke pagi, mata ni masih lagi tak mengantuk sedangkan siang tadi penat juga bersama coustemer coustemer yang mila sayangi.. 

Hari ni mila makan bersama kawan.nama dia ana.. Dia selalu ada urusan dengan imegrasen, mil rasa kerja mila ni dah penat ...tapi rupa rupanya kerja Ana lagi penat.

Dia keluar rumah sesudah subuh..maksudnya dalam 6.15 dari port klang kerana ingin menguruskan hal pekerja warga asing di komplak pkns...pagi pagi dah keluar rumah sedangkan kul 8 baru pejabat buka... Dia terpaksa datang awal kerana takut tak dapat nombor di imegresen.. Segala hal tentang anak sekolah..en hubby nya yang menguruskan ...alhamdulillah..en hubbynya memahami

Kul 12.40 dia datang nak makan sama sama. sebenarnya mila dah beli makanan tapi kesian lak dia makan sorang sorang so mila temankan dia. Kul 3.00 kami terjumpa kat surau, taksiap lagi urusannya.. Lama betul...pukul 4 lebih Ana datang jumpa mila..muka tension je... Tsk sisp lagi dokumennya.. 2hari lagi baru boleh ambil.. Masya allah dah tunggu dari pagi sampai petang... Sabor ajelah..

Sebenarnya dah hampir 5 tahun kami kenal. Dari coustemer jadi kawan baik. Alhamdulillah, jika kita tak sombong peramah pasti mudah dapat kawan, walaudimanapun kita berada. Betul tak?



28 Jan 2015

Akujurujual.... Arti dan produk

Assalamualaikum...semoga sihat dan ceria semua hendaknya..Alhamdulillah, hari ini diberi lagi masa dan ruang untuk mila meluahkan apa yang mila rasa. cantik itu satu anugerah..siapa kita untuk menilai kecantikan seseorang... Cantik itu subjektif... Memang mila tau semua orang ingin kelihatan cantik dan mahukan barangan yang cantik....dan ingin jadi cantik.

Bercakap tentang cantik...  Mila bersyukur dengan apa yang mila ada, dan mila miliki... Mila jual produk kecantikan dan kesihatan.. kerana mila sangat suka melihat orang yang cantik. kulit yang bersih tanpa cela..putih gebu.... Jika cantik tapi tak sihatpun susah juga nanti pucat je muka tu... X comel pulak jadinya...betul tak..

Tengok artis artis kita cantik je. Mereka tu suka makan suplemen, makan vitamin, makan collagen, makan  glutation.. Mereka banyak jadi duta produk contohnya:







Ada banyak lagi artis dan produk kesihatan. Semya ni ada kat kios mila nak cuba boleh call je mila...01123118546..


cuci darah agar wajah bersih...

Akujurujual...

Assalamualaikum...tarik nafas sikit...alhamdulillah masih boleh bernafas...dan masih boleh membaca coretan mila..syukurlah segalanya sempurna..nikmat yang Allah bagi tak terhintung nilainya... Terasa diri banyak dugaan tapi apabila dilihat kiri dan kanan...tiada seorangpun yang hidup tanpa di duga..dunia ini indah..kehidupan ini mencari  bahagia dan Allah tak pernah janji yang hidup ini mudah.

Hari ini, mila didatanggi oleh seorang coustemer yang teruk mukanya... Kesian mila tengok...jerawat yang banyak dan masak masak..besor besor... Pasti sedihkan, bila tengok muka kat cermin. Lagi sedih bila ada yang tegur or mengata tentang kulit wajah kita.

Mila cuba tanya dia mengapa kulit boleh jadi macam tu...sebab mila sedia maklum yang biasanya kulit dilahirkan cantik..tak caya tengok kulit baby...kanak kanak dan remaja belasan tahun. Terutama 15 tahun ke bawah, kulit mereka tak ada masalah..biasanya kulit mula bermasalah bila umur 16 tahun ke atas...betul tak?..

Mila tak tahu kenapa..tapi mungkin faktor perubahan hormon... Kembali pada kisah adik tadi...umurnya awal 20an... Kulitnya yang putih menjelaskan lagi jerawatnya.

Mila: macam mana boleh jadi macam ni
Ctemer: entah silap pakai produk kot?
Mila : ada resdung tak?
Ctemer: tak tahu?
Mila: ada gatal gatal or rasa macam sesuatu merayap kat muka tak?
Ctemer : ada gak .
Mila : ok sekarang, cuba cari jus pengaga atau ambil daun pengaga blander. Minum 3 kali seminggu.
Costemer tengok mila.muka konfius je..
Mila: mungkin darah awak kotor..cuci darah dulu..jika darah tak bersih, produk apapun awak pakai kesannya tak cantik. Jerawat cuma hilang dan kering tapi lepas tu ada lagi pertumbuhan jerawat baru. Cuba buat apa yang akak cakap..bila dah ada perubahan baru boleh beli produk.

Mila sebenarnya boleh sugestkan dia produk yang mila jual, tapi mila tak buat macam tu kerana jerawatnya teruk.mila takut kamekel yang ada dalam produk akan menjadikan kulitnya lagi rosak.kerana kulitnya sedang luka dengan jerawat yang masak masak...

Jika jerawatnya biasa mila akan sugestkan set jerawat dnars.  produk dnars ramai yang pakai dan kesannya Allahdulillah...ada kelulusan dari kkm... Produknya juga tak mengelupas.jadi tak ada penipisan kulit.


Krim.malam dnars.
Bertindak untuk membaikpulih masalah kulit.
Memutihkan wajah.

Krim siang Dnars.
Digunakan untuk menghalan pancaran uv agar wajah terlindung daripada cahaya matahari.
Sebagai alas bedak.
 Krim kunyit.
Digunakan untuk mengeringkan jerawat.menghaluskan kulit dan melicinkan kulit.
                  set jerawat dan set jeragat dnars.

                                  Tona treatmen.
                Membantu membuang sri kulit mati.
                       Mengecilkan pori pori wajah.
                              Wajah lrbih berseri.
Insya allah.

 Testimoni....testimoni....tertimoni...

Terima kasih pada testimoni yang sudi berkongsi kejayaan anda dengan pengunaan produk dnars. Kita kongsi kebaikan semoga semua mampu memiliki kulit wajah yang cantik.

Harga istimewa menanti anda
Satu set dnars rm 40.00
Magic day cream rm 20.00
Moon cream rm 20.00
Yellow cream rm 20.00
Tona treatmen rm 18.00
Sensitif soap rm 10.00

01123118546.asmila pkns shah alam.

sunyinya hari ni

Akujurujual... Sunyinya hari ini...

Assalamualaikum... Alhamdulillah, cuaca hari ini indah macam hari hari sebelumnya... Cuma di Pkns tak ramai orang.. Mungkin mereka dah habis duit kot..gajikan belum dapat..eh ye ke belum ada gaji.. Ari ni dah 28/1.. Orang kerajaan dah dapat gaji..pekerja swasta yang belum..kan.

Biasalah..jurujual kan.tak ada gaji dari majikan or kerajaan so tolong kira gaji orang lain lah.. Sebab bila orang gaji..sales pun ada..jika dah tengah bulan.. Mengantuk dan tergolek golek le kat pkns ni... Apapun rezeki itu Allah yang bagi.bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi... Sikit atau banyak itu tak penting sangat yang penting berkat.. Keberkatan.

Rezeki yang berkat biarpun sedikit pasti mencukupi. Tapi jika rezekinya kurang berkat or tak berkat dapat banyakpun tak pernah cukup. Ada aje masalah masalah yang tak tetduga kan..

Apapun saya suka dengan kerja saya..akujurujual...haha..



Sunyikan..huhu...


Bila orang xada..yang ada adalah perasaan mengantuk..dan.. Lapar dan lapar sebab bosan... Macam mana nak diet ni...

22 Jan 2015

Akujurujual....Jaga tangan anda..

Assalamualaikum...selamat pagi semua.semoga pagi ini penuh dengan keberkatan...alhamdulillah..masih diberi peluamg untuk bersama mereka yang tersayang.

Pagi ni, mila nak kongsi tentang etika kita bila membeli barang. Hak pengguna untuk mendapatkan barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan...

Tapi pengguna tidak berhak untuk merosakan barang yang dijual oleh penjual... Sedih...bila mila balik dari surau...mila lihat barang barang mila telah rosak dibuka... Sesuatu yang telah di sel tidak boleh dibuka kerana ia akan rosak.Rm 85.00 tidak mungkin ada sesiapa yang membelinya lagi... Barang tu tak ada perkataan tester jadi ANDA TIDAK BERHAK membukanya.

Dalam hidup ini kita perlu ada rasa tanggungjawab. Biarpun jurujualnya tidak ada, anda tidak berhak untuk menjadikan barang orang lain seperti barangan milik anda..Letakan diri anda ditempat mereka. Apa perasaan anda bila barangan anda dirosakan...
Jaga tangan anda..jaga perilaku anda kerana dimana sahaja anda berada anda membawa bersama jurutulis anda...Mila tak nampak tapi apa yang anda buat telah dicatit dalam buku amalam anda... Hati hati.



21 Jan 2015

Akujurujual... oh cerewetnya...

Assalamualaikum...apa khabar semua, terima kasih kerana sudi membaca akujurujual..apa yang mila tuliskan adalah apa yang mila rasa...jika ada yang tak suka mila minta maaf..blog mila ibarat diari untuk mila meluahkan rasa.... Mila yakin jurujual lain juga merasai apa yang mila rasa.

Coustemer always right... Mila tak setuju dengan perkataan ini... Mila minta  maaf jika ada yang tak setuju dengan mila..Pengalaman mila menyebabkan mila tidak bersetuju denga spa yang dipetkatakan..
Satu kisah yang ingin mila kongsi...harap dapat difahami oleh semua yang membaca.

Suatu hari datang seorang wanita dalam lingkungan pertengahan 30 an ke kios mila...tanpa meminta izin terlebih dahulu dia membuka produk qasih adinda milik mila... Mila diam dan perhatikan gayanya... Selepas puas ditelek dan dibaca..dia meletakan kembali di dalam kotak.
"Saya nak yang ini satu"
Mila mengambil produk yang telah dibuka oleh beliau...
"Eh saya  tak nak yang ni..saya  nak yang baru..yang ini dah dibuka"
Mila diam tarik nafas dalam dalam...dalam hati tuhan saja yang tahu.
"Saya kalau nak beli barang saya tak nak ada orang pegangpun barang tu..saya tak suka.."
Amboi cik kak ni dah kebih. Mila ambil yang baru dan berikan kepadanya..sebaik sahaja duit bertukar tangan...
"Puan jika tak nak orang usik barang puan..tolong hormati hak orang lain.. Selagi belum bayar. Barang tadi saya punya. Puan tak boleh buka sesuka hati...  Puan yang buka barang tu bukan saya.lagipun bukan ada rosakpun pada barang tu"...

Mila terus berlalu..jika ikut hati nak je mila tanya dia.. Sayur yang dia masak hari hari tu dia tanam sendiri ke? Ayam dia beli kat pasar / market tu dia tangkap n buang bulu srndiri ke.?... Hati hatilah bila bercakap.. Logikkan sedikit jangan cakap sesedap oren je. Kalaulah ada 10 orang secerewat tu... Semua kedai tutup sebab tension berniaga...

Oklah...cukup dulu untuk kali ini...mila jurujual.. Kita saling menghormati barulah adil. Bikan niat mila untuk mengupan cuma untuk berkongsi cerita semoga ...cukup cukup le cerewat tu.







Akujurujual...sabar itu perlu.

Assalamualaikum...alhamdulillah masih lagi bernafas dibumi tuhan..biarpun banyak hal yang telah berlaku..tapi syukurlah mila tak terlibat dengan catuan air dan tidak juga terlibat dengan banjir mahupun kapal terbang terhempas...Alhamdulillah bersyukur pada Allah atas nikmat dan rahmatnya.

Aku juru jual..kerja yang telah mila galas bermula tahun 2009.. Milalah kuli dan milalah bos...mila seorang isteri kepada suami yang tersayang, ibu kepada anak yang dikasihi, anak kepada ibu dan bapa yang mila cintai dan hamba kepada Pencipta yang telah menjadikan hidup mila penuh dengan warna warni...

Mila sangat suka dengan kerjaya mila..biarpun kelihatan tak ada class...tak ada standad... Seringkali dimarah oleh coustemer dan adakalanya sangat mencabar kesabaran diri... Tak pernah terfikir dan tak perna sekalipun mila bercita cita untuk mila jadi seorang juru jual tapi sedar tak sedar dah 6 tahun berlalu..Allamdulillah rezeki Allah bagi mila terima dengan rasa syukur...

Pernah satu ketika...mila rasa hampir tewas ...ingin mengalah..terasa terlalu penat untuk meneruskan perjuangan..terlalu letih untuk memikirkan segalanya. Tiada masa untuk bersama keluarga tersayang, tiada masa untuk diri, tiada masa untuk melakukan apa yang mila suka... Sangat penat bekerja setiap hari bermula 9 pagi sehingga 9 malam dan setiap hari tanpa cuti...letihkan.

Nasiblah mila memiliki suami yang memahami dan keluarga juga memahami kerjaya mila yang tak seberapa ni...alhamdulillah...

Persaingan dalam busnes sangat banyak terutama dari segi harga...penjual online bamyak mempengaruhi harga pasaran.... Mereka tidak perlu membayar harga kos sewa tapak dan juga gaji pekerja. Bisnes mereka hanya partime... Mereka banyak memeningka kepala mila... Apabila coustemer meminta harga online di kedai ofline...

Ada costemer marah marah mila kerana bagi mereka mila menjualnya dengan harga yang mahal... Sayang sayang semua..mila menjual untuk mencari rezeki yang halal lagi diberkati.  Tak pernah sekalipun mila menjual produk dengan harga yang lebih mahal dari harga di kotak... Etika berniaga mila tahu dan jual beli dalam islam juga mila pelajari...

Terima kasih kepada semua yang madih setia bersama mila. Terima kasih diatas sokongan anda,tanpa anda tiada family herbs.. Love u all.

Akujurujual... bukan testimoni...

Sayajurujual...bukan testimoni...

Assalamualaikum..alhamdulillah.syukur pada Allah kerana pagi ini mila madih lagi mampu menjadi jurujual dan madih lagi mampu tersenyum dengan rezeki yang Allah berikan kepada Mila setiap hari.

Mila cuma juru jual..Mila tak buat produk produk yang mila jual dan bukan semua produk yang mila jual mila makan kerana mila bukan testimoni produk.. .itu yang perlu mila tegaskan pada diri...

Tension betul bila coustemer terlebih peramah ni...
Adik kakak...minta maaf banyak banyak mila jual lebih 300 jenis produk...produk kosmetik sahaja ada 20 jenis...macam mana mila nak pakai semua produk tu...apa pulak yang akan  terjadi pada diri mila nanti. Tukang masakpun tak makan semua apa yang dia masak sayang.


Sakit hati bila coustemer marah macam ni..
"Hei awak jual awak mesti rasa dulu...awak mesti jadi testimoni?...MESTI... Perlukah mila rasa semua produk..perlukah mila guna semuanya...sebelum nak marah orang tu tolonglah berfikir dahulu.

Mila jual produk...Mila tak pernah paksa sesiapapun beli... Mila jual apa yang anda mahukan... Kenapa pula mila perlu rasa semua produk produk tu...
Wahai adik kakak yang mila sayang...setiap produk dah ada duta dan testimoninya sendiri..anda boleh tengok dalam majalah dan dalam tv.

Mila cuma jurujual.Mila cuma perlu tau harga produk.kegunaan produk bagaimana nak pakai produk...sedikit tentang bahan yang digunakan dalam produk dan ada kkm atau tidak. 

Buat pengetahuan penguna yang disayangi... Produk makan, pakai, semuanya bergantung pada keserasian dan penetimas badan kita sendiri... Kita perlu tahu dan peka tentang badan kita.

Contohnya. Mila sendiri tidak boleh mengunakan produk yang ada collagen kerana mila alah pada collagen merin. Jika mila ambil badan akan menjadi gatal gatal dan tidak selesa... Ada juga coustemer mila yang alah dengan soya jadi...produk yang berasaskan soya tidak boleh diambi oleh beliau.

So kenali diri anda sebelum mengambil dan mengunakan sesuatu produk srmoga apa yang anda ambil akan mebetikan mafaat yang terbaik untuk badan anda.salam sayang mila.

Keberkatan doa ibu bapa

Tanyalah ustaz..

Assalamualaikum...alhamdulillah pagi ni Mila sempat tengok tanyalah ustaz..best gak..tentang keberkatan doa ibubapa...kat sini mila ringkaskan sendikit apa yang mila faham.

Doa yang terhalang

1. Isteri derhaka pada suami
2. Anak derhaka pada ibubapa
3. Hati yang keras.
4. Makan makanan yang hasil dari perkara haram
5. Pakai pakaian yang haram.

Asas wajib dalam kehidupan kita adalah berbuat baik kepada ibu bapa untuk mendapatkan keberkatan doa dan semoga doa kita makbulkan.

Sebagai seorang anak kita perlu membahagiaan ibubapa..Kadangkala ibu bapa merupakan ujian untuk kita di dunia ini. Banyakkanlah berdoa semoga Allah  lembut hati mereka kerana dalam doa kita dan doa ibu ada keberkatan.

Setiap insan pasti ada ibu dan bapa dan setiap insan juga akan menjadi ibu dan bapa...wahai ibu ibu, sebelum mendoakan kebaikan untuk anak anak anda maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan mereka kerana dengan kemaafan itu barulah doa kita dimakbulkan oleh Allah.

Kesan Anak yang tak dapat doa daripada ibubapa.

1. Jauh daripada rahmat Allah,Hilang petunjuk
2.Mudah terdedah dengan masalah..syaitan mudah merasuk mereka.Qarin juga mudah  berdamping dengannya.
3.Hati menjadi keras..sifat menjadi kasar dan keras
4.jiwa kacau.

Apakah doa yang terbaik untuk anak yang keras hati.


1.Surah tohha ayat yg 1-5.
Dengan baca ayat tohha 1-5 semoga allah lembuatkan hati kita.anak kita.suami kita dan kedus ibubspa kita.
2. Tutup pintu ganguan syaitan dengan wuduk
3. Lembutkan hati dengan  bacaan al quran
4. Banyakan zikir husma husna..ya latif ya latif..Allah yang maha lembut...lembutkanlah hati kami
5. Doa daripada hati yang ikhlas
6. Istifar merupakan kunci untuk kebersihan hati
7 .Tutup pintu syaitan dengan dengan cara sentiasa berada di dalam majlis ilmu.

Doa untuk zuriat yang terbaik.

1.Surah assafan ayat ke 100

2. Surah Ali Imran ayat ke 38

3.surah Ibrahim surah 40-41.




Sentiasa minta ampun kerana hanya dengan keampunan Allah sahaja




17 Jan 2015

20% less Produk kosmetik.murah..murah..

Kosmetik pilihan ramai untuk putih gebu dan tampil menawan.jom pilih ada 10 kosmetik terhangat dengan harga less 20%..jimat tu...

Nour Ain Set Eklusif

                          Rm 127..less 20% rm 100

Amyra beauty
Rm 80.00less 20%
Rm64.00

Sf beauty

 Rm 119.00 less 20%
Rm 95.00


Syma Beautycare

Rm 66.00 less 20%
Rm 52.00

Dherb Propolis

  Rm 59.90 less 20%
Rm 48.00

Lyanas Beauty care
Rm 95.00 less 20%
Rm 75.00

Farra Beautycare


Rm80.00 less 20%
Rm 64.00

Al Razi Soap

Rm 62.00 less 20%
Rm 50.00

VGS Velvet Glow

                                 Rm 100.00 less 20%
Rm 80.00

                                          Tia Amelia
Rm 100.00 less 20% 
Rm 80.00

Qu Puteh

Rm 100.00 less 20%
Rm 80.00

Jika berminat boleh kunjungi kedai kami di Pkns shah Alam/ 01133118546 wassap sahaja..tq

10 Jan 2015

Tak terucap..

Assalamualaikum...bangun pagi buka wassap ada gambar gambar ni dihantar oleh seorang kawan lama...sayu hati melihatnya...Ya allah apa nakjadi dengan manusia sekarang. Lelaki dah le tak ramai.. Ramai pulak yang macam ni..

Mila tak tahu...mengapa mereka beramai ramai berpakaian perempuam..apapun yang mereka buat tak dibenarkan dalam islam..Mila yakin dan percaya yang mereka orang Islam.




 Ya Allah dah terlalu banyak musibah yang melanda negara kita...tapi mengapa masih ramai lagi yangtidak mrngambil iktibar mengenainya. Hidup dengan baik berlandaskan syariat agama islam... Mila taknampak orang cina or india macam ni.Kebanyakan yang mila jumpa adalah melayu Islam..








9 Jan 2015

Amanah dalam diri.

Assalamualaikum..ari ni mila nak cita sikit...tentang sifat amanah dalam bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi berkat.

Sesi meluahkan rasa hati yang geram tengok orang tak amanah pada diri sendiri..huhu..Sakit hati mila tengok.ada satu kedai ni.ownernya cina..sepatutnya buka pukul 9.30 pagi tapi pekerjanya datang pukul 10.00 or 10.30...dah le lewat hampir satu jam.lepas buka kedai..kedai ditinggalkan terbuka macam tu je..sampai le pukul 11.00... Masa untuk makan...

Ada lagi.pekerja kat kedai tu bukan seorang tapi 4 orang ..bila mereka pergi makan..kedai dibiarkan toyol yang jaga.. Keempat empat p makan ..haha..best betul...kesian tokeynye...

Kedai mila dekat dengan kedai mereka. Coustemer selalu tanya mana mereka..nak beli air.jagung..dan apa apa yang mereka jual..bila mila jawab tak tahu...mila pulak yang kena marah dengan coustemer..
"Ni nak niaga ke tak ni.dari tadi tunggu tak ada orang.. Bla bla bla.."
Tak pasal pasal kena dengan coustemer...sakit pulak hati ni.

Susahnya hidup bila tak amanah dan jujur pada diri sendiri...macam mana duit gaji yang diperolehi berkat ke tidak...Maaf la ye bukan nak mengata or nak mengumpat cuma satu cerita benar yang perlu kita semua tahu dan fikirkan..nak tau jadual kerja mereka tak...

Masuk pukul 10.30..lewat satu jam
P makan 10.40- 11.40...
Rehat lagi kul 2.00 sampai 3.00 ..bos bagi cuma 30 minit. Petang kul 6.30 hingga kul 7.30 rehat lagi minum dan makan petang. Kul 8.30 tutup kedai yang sepatuknya tutup kul 9.00.Berapa banyak masa mereka menipu dalam sehari...

Mereka semua cukup menakutkan mila untuk ambil staf.lansung tak ada rasa kesian pada bos dan rasa tanggungjawab.. Jika ikutkan hati nak aje bagitau bos mereka.tapi...malas la nak masuk campur..apa pula pendapat anda?

Rezeki yang halal

Assalamualaikum...tersentuh hati mila bila melihat seorang p.cik menyapu di kediaman tempat tingal mila.Apa yang membuatkan hati mila tersentuh..dia menyapu dalam renyai hujan...

Ya Allah rintik rintik hujan bagaikan tak terasa olehnya. Dia menyapu dan terus menyapu. Kebanyakan orang..bila hujan dipagi hari...nak pergi kerjapun malas.biarpun kerja di dalam bangunan yang ada bumbung dan berhawa dingin.

Pengorbanan mereka, bekerja untuk rezeki yang halal dan juga untuk keselesaan kita.jika tak ada mereka yang menyapu di jalan raya dan kawasan perumahan kita..pasti semuanya bersepah dengan daun daun dan sampah yang kita sendiri buang. Pekerjaan mereka nampak senang dan tak ada klas tapi sebenarnya bermakna untuk kehidupan harian kita.



8 Jan 2015

Syma Beauty...murah murah...

KELEBIHAN SYMA BEAUTY SKINCARE

✔ Menghilangkan jerawat
✔ Menghilangkan jeragat
✔ Menyekatakan toner kulit yang tidak sekata
✔ Mencerahkan kulit wajah
✔ Menghilangkan blackhead dan whitehead
✔ Menghilangkan parut akibat jerawat dan jeragat
✔ Mengurangkan pigmentasi
✔ Mengawal masalah jeragat
✔ Mampu mengurangkan garis-garis halus atau kedut pada wajah
✔ Membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, stretchmarks
✔ Kulit kelihatan satu tona lebih cerah
✔ Kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri2
✔ Mengurangkan bintik-bintik hitam dan sel mati pada kulit
✔ Mengurangkan masalah kulit berminyak pada kulit muka
✔ Mengurangkan kedut muka, eyebag, dark circles
✔ Kulit akan kelihatan lebih Flawless, Glowing, Sihat, Anjal, Bersih

                              Rm 50.00 free postage

SYMA BEAUTY SKINCARE

1. SYMA BEAUTY SOAP (FACIAL CLEANSER) - 50G
2. SYMA DAY CREAM WITH SPF35 - 5G
3. SYMA NIGHT CREAM - 5G

SYMA BEAUTY SOAP (FACIAL CLEANSER) - 50G
(NOT140905186K)

Syma Beauty Soap adalah sabun yang dikhususkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak, kusam, parut, berpori dan sebagainya. Syma Beauty Soap dapat mengembalikan keserian semulajadi kulit wajah agar kelihatan segar, bermaya, gebu, awet muda dan bercahaya.

FUNGSI SYMA BEAUTY SOAP

✔ Meneutralkan PH kulit
✔ Mengatasi masalah kulit berminyak
✔ Memberi kesegaran kulit wajah
✔ Menghilangkan jerawat, jeragat, kekusaman kulit, parut, pori dan lain-lain
✔ Membantu anda mendapatkan kulit wajah yang segar, bermaya, gebu, awet muda dan bercahaya(glowing)
✔ Melembapkan kulit
✔ Tidak akan menghakis permukaan kulit
✔ Kulit juga akan kekal berseri dan tidak menampakkan kesan sunburn

CARA PENGGUNAAN SYMA BEAUTY SOAP

✔ Dengan menggunakan air, basahkan sabun sehingga berbuih
✔ Urut dan cuci muka dengan perlahan-lahan
✔ Elakkan daripada terkena bahagian mata
✔ Biarkan selama 3 minit kemudian bilas dengan air bersih
✔ Kulit akan terasa lembut, bersih dan segar
✔ Gunakan setiap hari 2 kali sehari pada siang dan malam sebelum menggunakan krim siang dan krim malam

KANDUNGAN BAHAN DALAM SYMA BEAUTY SOAP

✔ Cocos Nucifera (Coconut)
✔ Oil
✔ Glycerin
✔ Gluthathione
✔ Momordica Charantia Fruit Extract
✔ Fragrance

SYMA DAY CREAM WITH SPF35 - 5G
(NOT149095187K)

Syma Day Cream untuk penggunaan pada waktu siang dan malam. Krim ini membantu mengimbangi minyak berlebihan pada kulit wajah disamping membekalkan nutrien yang diperlukan pada kulit. Kandungan SFPF35 menghindarkan kulit dari terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan. Bahan aktif yang terkandung di dalam krim ini dapat membantu menghilangkan masalah kulit wajah.

FUNGSI SYMA DAY CREAM WITH SPF35

✔ Mampu menghilangkan kekusaman muka
✔ Mencerah dengan sekata
✔ Melicinkan permukaan kulit
✔ Bertindak sebagai sunblock yang menghindarkan dari sinar UV
✔ Diperkaya dengan SPF-35 yang akan menepis sinaran matahari berlebihan
✔ Bertindak sebagai foundation kepada muka yang akan melitupi permukaan kulit yang tidak sekata

KANDUNGAN BAHAN DALAM SYMA DAY CREAM WITH SPF35

✔ Pearl Powder
✔ L-Gluthathione Powder
✔ Isononyl Isononanoate
✔ Mineral Oil
✔ Titanium Dioxide
✔ Beeswax

SYMA NIGHT CREAM - 5G
(NOT140905188K)

Syma Night Cream terdiri daripada daripada bahan-bahan aktif yang diperlukan oleh kulit wajah. Bahan yang terkandung dapat mengatasi masalah kulit muka yang serius akibat penggunaan produk berasaskan merkuri. Kulit wajah akan lebih terpelihara, awet muda, gebu dan berseri.

FUNGSI SYMA NIGHT CREAM

✔ Membantu mencerahkan kulit secara total dan beransur-ansur
✔ Sebagai anti-ageing untuk membantutkan penuaan sel-sel kulit muka
✔ Menghilangkan bintik-bintik hitam, jeragat dan jerawat
✔ Menyerikan kulit wajah, anjal dan sihat
✔ Memutihkan kulit tanpa menyebabkan kulit kemerah-merahan di bawah cahaya matahari atau cuaca panas
✔ Kulit anda akan tampil lebih cantik walau tanpa solekan

CARA PENGGUNAAN SYMA NIGHT CREAM

✔ Bersihkan kulit wajah terlebih dahulu menggunakan Syma Beauty

                                        Cantikkan....nak cantik macam ni jom cuba Syma Beauty.

Ok kat sini ada testimoni syima beauty..ramai sangat yang dah berjaya dapatkan perubahan pada kulit wajah mereka..diantara testimoni yang mila dapat dari hq Syma Beauty.


                                          Testimoni




Ha..nak wajah cantik macam mereka wassap 01123118546 mila or datang terus ke komplek pkns shah alam..murah je hanya RM 50.00

Nak testimoni lagi ada...


Ok...cukup dulu testimoninya.nanti mila bg lagi ya..jangan lupa 01123118546...Rm50.00 untuk wakah yang berseri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan